Saturday 9 June 2012

Berhenti sebentar..

                                               بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 Pause sebentar dari urusan dunia... lihat sekeliling kita, dunia sedang nazak.. :)

Setelah lama saya tidak menaip di ruang ini, jujur "Aku" rindu...hemm <3  Lihat apa yang Allah dan Rasulullah pernah beritahu suatu ketika dulu.. semuanya benar-benar terjadi.. cuba rehat sebentar dari befikir macam mana nak siapkan kerja2 dunia anda.. ambil lima minit.. dengan menyebut LaHaulaWaLaQuataIlaBillah..yang bermaksud "Tidak ada kekuatan atau kekuasaan apa pun kecuali dengan Allah" lihat sekeliling anda.. Sebut dalam keadaan yang sangat tenang dan lapang.. kemudian sebut pula La Ilaha Ilallah yang maksudnya "Tiada tuhan selain Allah".. sekarang anda berada di zon selamat..kerana di saat ini sekiranya anda di jemput malaikat maut sekalipun, anda akan mati sebagai mukmin dan muslim yang sangat bertuah, kerana menyebut kalimah yang menyelamatkan anda dari di sentuh api neraka..setelah itu anda sebut pula AstaghfirullahAlAzim, maksudnya "Aku meminta ampun dari Allah".. 
Kenapa agaknya saya susun kalimah itu secara begitu..?
Pertama, jika kita melihat ke jendela dunia realiti.. apa yang sedang berlaku? Lambakkan dosa yang sukar kita tepis, ruang-ruang fitnah dan bunga-bunga maksiat.. Sungguh hebat manusia memandang dunia. Sehingga lupa destinasi seterusnya.. Leka membangun Impian, ingin menguasai dunia.. Sehingga lupa Siapa milik KUASA itu, disebalik semua kekuasaan itu ada kuasa yang lebih besar Allah cuma beri pinjam satu dari berjuta pecahan zahrah kuasa Allah.. itu sudah cukup membuat kita bangga dan lupa dengan-Nya.. “Janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri.” (Al-Hasyr: 19) Kedua, sedarlah kita seakan-akan menyembah dunia, penghargaan manusia, pangkat, dan harta.. sehingga kita meninggalkan kiblat.. menginginkan kesempurnaan sehingga sanggup  berhabis.. sanggup menjadi hamba kepada diri sendiri demi memuaskan hati orang lain dan seterusnya memuaskan hati dan nafsu sendiri.. sedarlah, wahai MUSLIM tersayang.. Allah s.w.t lah tuhan mu.. dan satu-satunya tuhan yang layak di sembah.. "Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku mereka masuk neraka dalam keadaan hina." (Al-Mukminun: 60) apa kita hidup di  dunia ini terjadi dengan sendiri? apa kaki, tangan, mulut yang kita gunakan ini dapat dari mereka-mereka yang kita sanjung, yang kita harapkan penghargaannya, yang kita ikut perintahnya sehingga sanggup menjual agama itu? Wahai orang-orang mukmin, ingat pada pesan Imam Ghazali  "Janganlah membiasakan anak-anakmu dengan kesenangan yang akan menggemukkan nafsunya.” Ketiga, sedarlah kerosakkan di sekeliling kita datag dari tangan kita sendiri.. ”Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi.” (Al-Syuara: 183) Kita yang sentiasa mengejar kesempurnaan, dengan tamak dan rakusnya kita bertindak.. Sehinggakan kita tidak nampak mereka yang memerlukan dan sanggup menindas yang lemah demi memperoleh sesuatu memenuhi ruang tuntutan nafsu.. Sanggup menipu dan melakukan banyak perkaran mungkar seperti riba, rasuah.. segala jalan kita cuba. "Matlamat tidak menghalalkan cara.." Kita lupa firman Allah s.w.t ”Wahai orang-orang beriman! Janganlah kamu memakan riba’ dengan berlipat-lipat ganda dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah supaya kamu berjaya.” (Ali-Imran: 130). Sesudah kita sedar itu semua, mohonlah kemaafan dengan penuh keinsafan.. kerosakan yang disebabkan oleh tangan kita  sendiri, sentiasalah mengingati Allah s.w.t dalam apapun keadaan dan "Berzikirlah kamu kepada Allah sebanyak-banyaknya dan bertasbihlah kamu kepada-Nya pagi dan petang.” (Al-Ahzab: 41-42) kerana firman Allah di dalam Quran "Ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) Ku". (Al-Baqarah, ayat 152).

No comments:

Post a Comment