Wednesday 10 April 2013

Mood Swing :(

                                           بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 



Assalamualaikum w.b.t
Kepada semua yang menyinggah dan membaca entry post kali ini. Agak lama sudah tidak meng“update”  blog nih, maklumlah minggu exam menjelang tiba. Maka kami pun “bertukar” menjadi pelajar contoh masing-masing.. berkepit dengan buku dan nota.. haha..  time nih lah masing2 tak nak buat perkara lagha, tak nak gosip2 tak nak gelak2.. serius je.. semua pakat sombong belaka.. haha sbb nya nak hafal nota, dalil, hadis2, ayat Quran.. kehulu ke hilir pegang Quran..
Allahu, macam2 gelagat student kalu nak exam.  Tapi Alhamdulillah, semunya dah pun berlalu..dah selesai pun sem 5. Yang banyak cabaran dan ritangannya.. watak2 yang muncul sepanjang sem 5 pun tak akan ku lupa kan hehe..^.^
 Okay,  dah nak mula ke tajuk utama..> Kebelakangan ni ada beberapa kegusaran yang mengganggu fikiran ku ini, bebrapa perkara yang menyinggah dan buat aku terfikir.. Allah, cuti sem yang pendek nih agak2 bermanfaat ke tidak ye? Agak hambar rasanya.. ntah, hidup macam terasa down dan berada dalam kepura-puraan.. kenapa agaknya?







Cerita bermula selepas balik dari Hospital Columbia hari Jumaat  minggu lalu.. Terasa ada yang kurang dalam diri ini sebagai seorang wanita. Ya, hasil dari conversation dgn doktor tempoh hari sedikit sebanyak memberi kesan.. penyesalan dan benci pada diri sendiri mula timbul.. (Allah, Ampun kan aku..) entah, entah kenapa..perasaan yang tidak bertepi muncul, sepatutnya sebagai seorang yang mengaku beriman aku harus terima, dengan hati yang terbuka..Bukan membenci diri yang Allah pinjamkan ini.. Cuma sedikit perasaan risau bercampur kesal/kecewa yang hadir setelah mendapat tahu diri ini di lahirkan sebagai seorang yang tidak normal.
Ya , pasti ramai yang terkejut.. apa yang tak normal nya?  Keadaan  di alami ini hanya terdapat pada setiap 1:15 orang wanita di dunia, dan terkini doctor menjangkakan 1:3 wanita. Sesuatu yang  sangat buat wanita rasa down, kerana sebagai seorang wanita keinginan untuk bersama orang2 yang disayangi dan memiliki keluarga yang bahagia, dapat melahirkan anak yang ramai dan di layan seperti seorang wanita sememangnya fitrah..
Aku? Dilahirkan sebagai seorang perempuan, hidup sebagai seorang perempuan tetapi dikelilingi lelaki sejak ddari zaman persekolahan, mungkin sbb sikap ku yang lebih terbuka dan tak gedik macm perempuan normal.. dan di rumah bersama dengan dua orang adik lelaki.. Tak heranlah aku susah “jatuh cinta” atau terjebak dengan “cinta monyet” sewaktu zaman persekolahan dulu.. rupa2nya diri ini “abnormal”…. Hurm..
Ya dulu ingat masalah nih tak berat, rupa2nya hnya ad beberapa tahu berbaki untuk buat rawatan.. L Sedihnya…
Apalah nasib bakal zaujku nanti? Dapatkah dia menerima kekurangan yang Allah ciptakan buat ku ini?
InsyaAllah, kalau dia memilihku benar-benar kerana Allah, pasti dia terima segala apa yang Allah ttpkan buat ku, kerana ini adalah apa yang ditentukan Allah buat ku..
“Maaf” andai diri ini tidak membahagiakan kamu nanti.. :’(



Next, perkara lain yang menganggu fikiran ni.. berkenaan isu tak puas hati.. herm..

Malam sabtu, kami sekeluarga menziarahi atuk di Serdang, Selangor. Biasalah bila cucu jumpa nenek.. mestilah borak2 kan.. tibe2 nenk mengadu.. ke tidakpuasthati-an nya pada ku. Ceritanya lebih kurang macam nih lah…> si cucu perempuan dilepaskan ke konsert di KL malam2 dengan bayran tiket berharga 200++. Si mak dan bapak pulak degan selamba berkongsi cerita tanpa rasa bersalah.. Nenek pun tegurlah.. Tiba-tiba, pakcikdanmakcik yang rasa mereka betul ni pun shoot balik, mengenai niqab.. yang kononnya den pakai niqab/purdah ni ngado2, melebih-lebih, tunjuk baik segala bagai.. macam alim..bukan wajib pun =.=’
Sumpah, tak pernah buat pengakuan macm tuh kat mana-mana. Tak tunjuk baik pun…tak tahulah kalau ter”nampak mcm baik pulak kan…
Yang tak puas hati nya, kenapa tiba2 muncul isu den pulok? Jumpo pun jarang, tibo-tibo ja..  
Tahu tak, ini menampakkan bahawasanya kalian dah terkantoi salah.. sedarpun yang kalian buat sesuatu yang sangat kontra dari ajran Islam, tapi masih nak nafikan.. Nak tutup2 lagi,  tiba2 attack den yang takdo kono mengono.. (ntah ape2 je)
Sungguh saya mengaku saya tak terlalu syadid, dalam bab niqab dan purdah ni. Saya buka bila bersama sepupu sepapat ahli keluarga terdekat, saya buka bila di tempat yang saya rasa selamat untuk saya buka.. dan untuk dakwah saya. Saya pakai untuk hati saya, demi menjaga diri saya, dan hubungan saya dgn Allah. Bila tiba masa saya berhubungan dengan manusia dari hati ke hati saya tinggalkan niqab saya (itupun sekiranya ia menjadi penghalang yang fardu). Contohnya ketika dalm program dakwah, demi menyentuh hati  mereka yang di dakwah. Saya mahu mereka lihat saya sebagai manusia seperti mereka juga, bukan malaikat yang serba perfect.. dan tidak mahu mereka lihat yang berpurdah ini seorang yang perfect sehingga kan bila seorang buat salah walaupun kecil, pun dah dipandang keji seperti dosanya tidak diampunkan lagi.. tidak..
Untuk makluman semua saya nyatakan di post sebelum ini, saya memegang hukum niqab ini SUNAT. Bukan WAJIB!!!!!
Jadi jangan buang masa anda, mengumpat saya atau menuduh, menfitnah dan menutup kesalahan kalian dengan membangkitkan isu saya berpurdah/niqab. Sangat POYO.. =..=
Sekiranya kalian mempersoalkan, semua gambar yang saya kongsikan di “alam maya” ni berniqab, ini kerana saya tak nak kalian focus pada wajah saya. Focuskan pada apa yang saya ingin sampaikan.. dan saya takut wujud perasaan riak dan tidak ikhlas dalam hati saya untuk share sesuatu melalui gambar. Sekurang-kurangnya tiada ekspresi muka yang kalian boleh  lihat pada kain yang menutup wajah saya tuh.. Saya hanya tunjukan ekspresi yang eklusif tuh hanya yang ekslusif dihati saya sahaja.. bukan untuk tatapan ramai dan nak dapat pujian.
Lagipun, ayahnda yang tercinta lagi menggalakkan anak daranya ni tak tunjuk MUKA kata alam maya ni.. biarlah tidak dinilai catik pada parasnya tapi pada akhlaknya..
Wasalam..

2 comments:

  1. Sabar ye, kakakku yang solehah, ujian yang berat itu dihadiahkan kepada kakak kerna ALLAH Maha Mengetahui segala2nya, ALLAH tahu akak kuat :) isbiri ya ukhty

    ReplyDelete
  2. terima kasih adik sayang :) rajing nye menjengah di blog akk ;)

    ReplyDelete