Tuesday 10 April 2012

Sempena nak berpindah nih.. :)


Petua Menduduki Rumah Baharu

1. Azan - Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar Rumah Secara Islam - Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.

Ikut panduan berikut: Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam

p/s- petikan perkongsian ilmu..syukran

Saturday 7 April 2012

Wahabi or Salafi


bismillahirahmanirahim..

SOALAN:
Salam ustaz Rashidi.
Saya ada satu soalan yang berlegar-legar di dalam kepala saya sejak sekian lama. Sekarang banyak berlaku pergaduhan di antara Wahabi/Salafi dan Ahli Sunnah Wal Jama’ah berkaitan dengan ayat mutasyabihat. Setahu saya, Wahabi dikatakan mengikut jalan Salaf dan mengharamkan takwil terhadap ayat mutasyabihat. Namun Ahli Sunnah pula berkata Wahabi mengikut jalan Mujassimah yang menjisimkan Allah SWT.
Jika tidak keberatan, pohon ustaz jelaskan perbezaan Wahabi (yang dikatakan mengikut jalan Mujassimah) dengan pendapat Salaf yang sebenar mengenai ayat mutasyabihat. Saya agak keliru untuk membezakan di antara kedua-dua pendapat ini.
Sekian.
Daripada: Mohd Zaki.
Soalan ini telah dikemaskini (edit) daripada soalan asal agar lebih mudah difahami.

JAWAPAN:

PENGENALAN
Terima kasih di atas soalan saudara Mohd Zaki yang dikirimkan kepada saya melalui email sejak beberapa minggu lalu. Memandangkan keterbatasan masa (kesibukan saya) serta persoalan yang dikemukakan ini memerlukan penjelasan yang agak panjang, maka baru hari ini sempat untuk saya menjawabnya secara lebih terperinci. InsyaAllah.
Saya mengetahui bahawa persoalan sebegini merupakan persoalan yang seringkali bermain-main difikiran kita terutamanya ketika membahaskan perihal nas-nas mutasyabihat. Tambah merumitkan lagi, aliran Wahabi juga turut mengakui mereka berpegang dengan metode Salaf untuk tidak mentakwilkan nas-nas mutasyabihat yang berbentuk sifat. Persoalan yang ditimbulkan di sini ialah: Adakah metode Salaf mempunyai persamaan dengan metode Wahabi di dalam memahami nas-nas mutasyabihat?
Sebelum saya ingin meneruskan perbincangan, eloklah kiranya kita mengetahui terlebih dahulu tentang metode yang digunakan oleh Salaf dan Khalaf di dalam permasalahan ini   http://buluh.iluvislam.com/?p=159  . Bagi sesiapa yang ingin mengenai aliran Wahabi secara lebih dekat  http://buluh.iluvislam.com/?p=41 .
SOROTAN ALIRAN MUJASSIMAH/MUSYABBIHAH – WAHABI
Jika kita melihat kepada sorotan aliran pemikiran akidah, Syiah aliran Hisyamiyyah merupakan antara aliran terawal di dalam Islam yang mempunyai pegangan Allah SWT itu berjisim dan mempunyai bentuk tertentu. Pegangan seperti ini tidaklah menghairankan memandangkan aliran Syiah itu sendiri mula dicetuskan oleh seorang Yahudi yang berpura-pura memeluk agama Islam bernama Abdullah bin Saba.
Selepas itu, pegangan Syiah ini mula dipopularkan semula oleh aliran Mujassimah/Musyabbihah dengan mengatakan bahawa sifat Allah SWT itu menyerupai sifat seperti makhlukNya. Atas dasar ini, mereka mendakwa bahawa Allah SWT itu mempunyai tangan, kaki, muka dan sebagainya lagi berdasarkan kefahaman mereka terhadap nas-nas mutasyabihat berbentuk sifat. Mereka memahami nas-nas mutasyabihat itu dengan makna zahir semata-mata sehingga membawa kepada penyerupaan Allah SWT dengan makhlukNya tanpa mereka sedari. Mereka dilihat terlalu berlebih-lebih di dalam tafwidh untuk tidak melakukan takwil terhadap nas-nas mutasyabihat.
Kemudian pemikiran aliran Mujassimah/Musyabbihah ini berjangkit pula kepada sebilangan pengikut Imam Ahmad bin Hanbal. Sebagai buktinya, ketika Imam al-Asy’ari memberikan buku beliau bertajuk al-Ibanah kepada salah seorang pengikut mazhab Hanbali pada zamannya yang bernama al-Barbahari (tokoh Hanbali yang terpengaruh dengan pemikiran aliran Mujassimah/Musyabbihah), buku tersebut telah ditolak oleh al-Barbahari. Penolakan ini dilihat sangat menghairankan memandangkan al-Ibanah ditulis berdasarkan metode Imam Ahmad bin Hanbal.
Pemikiran ini terus berlarutan sehinggalah sampai ke kurun ke-4 dan ke-5 Hijrah. Tokoh mazhab Hanbali yang dilihat terpengaruh dengan aliran Mujassimah/Musyabbihah pada ketika itu ialah Abdullah bin Hamid, Qadhi al-Fara’ Abu Yala dan Ibn al-Zaghuni. Seorang tokoh ulama mazhab Hanbali iaitu Imam al-Jauzi (bukan Ibn Qayyim al-Jauzi) telah bangun menjelaskan kepincangan pemikiran ini daripada merosakkan mazhab Hanbali. Beliau telah mengembalikan semula metode sebenar Imam Ahmad bin Hanbal kepada pengikut mazhab Hanbali.
Kemudian pemikiran aliran ini dihidupkan semula pada kurun ke-7 Hijrah oleh Ibn Taimiyyah dan diikuti pula oleh muridnya Ibn Qayyim. Metodenya dilihat mempunyai persamaan dengan pengikut Hanbali sebelum ini kerana mereka mengakui bahawa mereka mengikut metode Salaf pimpinan Imam Ahmad bin Hanbal, tetapi mereka turut terjerumus di dalam aliran Mujassimah/Musyabbihah. Pegangan Ibn Taimiyyah ini terus diikuti pula oleh Muhammad bin Abdul Wahab yang menjadi pengasas aliran Wahabi.
KEKELIRUAN WAHABI TERHADAP NAS-NAS MUTASYABIHAT
Sebilangan pengikut mazhab Hanbali yang terjerumus ke dalam fahaman Mujassimah/Musyabbihah ini sebenarnya menghadapi kekeliruan di dalam memahami metode Salaf pada 7 keadaan. Seorang ulama mazhab Hanbali iaitu Imam al-Jauzi di dalam karyanya Al-Baz al-Asyhab al-Munqada Ala Mukhalifi al-Mazhab (juga dikenali sebagai Daf’ Syubhat al-Tasybih) telah menjelaskan kekeliruan mereka itu sepertimana berikut:
1. Mereka menyatakan bahawa khabar adalah sifat sedangkan ia adalah idafat. Ini kerana bukan setiap idafat itu adalah sifat.
2. Mereka menyatakan bahawa hadis-hadis mutasyabihat tidak diketahui pengertiannya melainkan Allah SWT sahaja. Tetapi mereka memahaminya secara zahir.
3. Mereka menyakini bahawa Allah SWT itu mempunyai sifat-sifat tertentu tetapi sifat-sifat tersebut tidak dapat disabitkan melainkan dengan apa yang disabitkan oleh dalil-dalil qati sahaja.
4. Mereka tidak dapat membezakan di antara hadis-hadis masyhur dan daif sehingga mengambil kedua-duanya sekali.
5. Mereka tidak dapat membezakan di antara hadis marfu dan mauquf sehingga mengambil kedua-duanya sekali.
6. Mereka mentakwilkan beberapa lafaz di dalam sesuatu perkara tertentu tetapi tidak mentakwilkan di dalam perkara yang lain.
7. Mereka memahami hadis-hadis berdasarkan kesesuaian pancaindera manusia seperti mengatakan Allah SWT turun, berpindah dan bergerak dengan zatNya, tetapi tidak seperti yang difikirkan manusia.
Jika kita perhatikan, salah satu daripada 7 perkara ini sudah tentu menjadi pegangan aliran Wahabi di dalam memahami nas-nas mutasyabihat. Namun begitu, mereka tetap mempertahankan pegangan mereka itu atas alasan ia adalah metode Salaf yang sebenarnya.
KEFAHAMAN SALAF TERHADAP NAS-NAS MUTASYABIHAT
Menurut Imam al-Ghazali di dalam karyanya Iljam al-Awwam an Ilm al-Kalam, kefahaman ulama Salaf yang sebenarnya ketika berinteraksi nas-nas sifat mutasyabihat seperti tangan dan jari Allah SWT, mereka mengetahui bahawa terdapat dua pengertian tentang sifat-sifat Allah SWT itu. Pertamanya, sifat-sifat tersebut adalah berbentuk majazi yang diketahui di kalangan bangsa Arab tanpa perlu kepada pentakwilan atau penafsiran. Keduanya, sifat-sifat tersebut mempunyai pengertian dari sudut bahasa yang boleh membawa kepada tajsim dan tasybih kepada Allah SWT. Namun kadang-kala perkataan seperti tangan turut digunakan bukan untuk menunjukkan jisim seperti: Negeri ini berada di tangan pemerintah. Oleh itu, setiap orang Islam mesti meyakini bahawa Rasulullah SAW tidak berkehendak untuk menyatakan sifat-sifat Allah SWT itu adalah jisim sekalipun mereka (iaitu Salaf) tidak melakukan takwil.
Sehubungan dengan itu, Imam al-Ghazali telah menggariskan 7 sikap yang menjadi pegangan ulama Salaf ketika berhadapan dengan nas-nas mutasyabihat iaitu:
1. Mensucikan Allah SWT dari jasad atau jisim serta perkara yang berkaitan dengannya.
2. Membenarkan dengan mengimani apa yang diperkatakan oleh Rasulullah SAW.
3. Mengakui kelemahan bahawa mengetahui maknanya adalah harus bersesuaian dengan kemampuan diri dan tidak menjadi tanggungjawab.
4. Diam dan tidak bertanya-tanya atau mencari-cari tentang maknanya. Bertanya-tanya tentangnya adalah bidaah dan mencari-cari maknanya akan membahayakan agama.
5. Menahan diri dengan tidak menyingkap lafaz-lafaz tersebut dengan diganti atau diubah dengan bahasa atau lafaz yang lain.
6. Cukup dengan menahan diri daripada mencari-cari dan berfikir-fikir tentangnya.
7. Menyerahkan kepada orang yang lebih berilmu untuk menentukannya.
Berdasarkan penjelasan Imam al-Ghazali dan Imam al-Jauzi, jelaslah kepada kita bahawa Salaf tidak memahami nas-nas mutasyabihat berdasarkan pengertian zahir semata-mata. Mereka hanya membenarkan lafaz-lafaz mutasyabihat tersebut tanpa membawakan pengertiannya menurut kefahaman bahasa biasa. Ini kerana kefahaman dengan makna bahasa biasa akan menyebabkan tajsim dan tasybih kepada Allah SWT kerana ia membawa kepada pengertian zahir semata-mata.
KESIMPULAN
Walaupun terdapat perselisihan pendapat di antara aliran Salaf dan Khalaf dalam menghadapi nas-nas mutasyabihat, namun mereka tetap tergolong di dalam kalangan Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah juga. Ini kerana keutamaan metode kedua-dua aliran ini tetap berpegang teguh dengan al-Quran al-Karim dan al-Sunnah SAW. Pendekatan Salaf dilihat lebih selamat, manakala pendekatan Khalaf pula dilihat lebih mengetahui dan bijaksana. Inilah kesepakatan di antara ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah sama ada daripada aliran Salaf atau Khalaf tanpa perlu menghukum kafir, bidaah atau sesat terhadap aliran yang tidak sependapat dengan mereka.
Pun begitu, kehadiran aliran Wahabi / Salafi Jadian telah mengubah kesepakatan ini. Mereka dilihat terlalu mudah menghukum kafir, bidaah atau sesat terhadap aliran yang bersalahan dengan pendapat mereka. Lebih menghairankan, mereka mengakui bahawa mereka berpegang dengan metode Salaf tetapi hakikatnya tidaklah begitu.
Wallahualam.
Buluh.iluvislam.com

Hero :) Saya nak pemimpin hidup saya macam nih. Boleh?




Bismillahirahmanirahim, saya nak berkongsi sesuatu yang saya kagumi sekian lama,.. hehe(gedik) seorang jejaka yang berjaya mencuri perhatian saya hu~~~ walau pun saya tahu saya tidak setanding dia.. tapi saya cukup bangga kerana kami saudara seIslam.. Sultan bertindak mengetuai agama dalam negeri dan di nesihati oleh perdana menterinya.. dan tak peliklah kalau Sultan kelantan seorangyang macam nih, sebab menteri kelantan pun begitu.. SubhanAllah, ok saya rasa nak pindah sana lah.. harap2 Zauj saya macam nih nanti.. :) ok selamat membaca :)

SEJAK dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 pada 13 September 2010, inilah buat pertama kalinya Sultan Muhammad V memberikan wawancara khas kepada para wartawan media cetak dan media elektronik.

Wawancara khas itu telah berlangsung di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Baru pada Rabu, 4 Mei 2011 pada lebih kurang jam 5.30 petang dalam suasana penuh protokol tetapi tetap mesra.

Wawancara itu juga diadakan bersempena dengan pelancaran Yayasan Sultan Kelantan yang akan dilangsungkan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) minggu hadapan.

Sebanyak 12 wakil media termasuk dari Mingguan mStar dan The Star telah dijemput untuk menemuramah Sultan Muhammad V yang hadir segak menggenakan sut coklat muda ala Nehru.

Baginda Sultan juga sentiasa memulakan bicara dengan terlebih dahulu melafazkan Bismillahirrahmanirrahim dan Asalamualaikum kepada pertanyaan wartawan muslim dan salam sejahtera kepada wartawan bukan Islam.

Dan sebelum memulakan wawancara baginda terlebih dahulu bertanya sama ada perbualan yang akan berlangsung itu hendak menggunakan dialek Kelantan ataupun bahasa rasmi.

Sepanjang wawancara itu yang berlangsung selama lebih 45 minit, baginda hanya membahasanya dirinya sebagai ‘saya’ bukannya ‘beta’ sebagaimana lazim digunakan di dalam istana.

Berikut adalah petikan wawancara bersama Tuanku Sultan Muhammad V:

  • Perkara pertama yang terlintas di dalam fikiran sebaik sahaja menaiki takhta Kesultanan Kelantan: Perkara pertama ialah untuk memilih nama rasmi yang akan dipakai selaku Sultan iaitu Sultan Muhammad V dan perkara kedua ialah untuk menukar seruan “Daulat Tuanku” yang lazim digunakan sebelum ini kepada seruan “Allahu Akhbar”. Pada pandangan saya, inilah yang paling sesuai kerana secara tidak langsung siapa yang melafazkannya akan memperolehi pahala. Itulah yang terbaik untuk rakyat saya.
  • Mengapa memilih menggunakan gelaran Sultan Muhammad V sebagai gelaran rasmi: Kerana kalau kita tengok dalam sejarah salasilah negeri Kelantan, Sultan yang terakhir, menggunakan gelaran Sultan Muhammad Ke-IV. Jadi kalau nama saya sendiri sudah Muhammad, secara semula jadinya itulah pilihan pertama saya. Dan setelah berfikir semasak-masaknya itulah pada fikiran saya yang terbaik.. Insya-Allah.
  • Bilakah akan ditabal secara rasmi selaku Sultan Kelantan: Saya fikir, bukan perkara ini tidak pernah berlaku (tidak melangsungkan upacara pertabalan). Misalnya untuk senang diterima, kita ambil dalam hal Almarhum Sultan Johor yang lepas, baginda tidak pernah ditabal walaupun menjadi Sultan Johor untuk lebih 23 tahun jika tidak silap saya. Jadi soal pertabalan ini adalah lebih kepada formaliti jika hendak dibandingkan dengan keperluan. Sebab saya fikir, ini bukan hendak glorify atau bermegah-megah atau hendak membesar-besarkan diri kita sendiri tetapi ini lebih soal tanggungjawab. (Nota: Untuk makluman pembaca, Sultan Muhammad telah dimasyurkan secara rasmi pada 13 September 2010 sebagaimana yang dituntut oleh perlembagaan negeri. Soal pertabalan hanyalah merupakan satu adat yang terpulang kepada Sultan sama ada ingin menyegerakannya atau mengadakannya pada satu tarikh yang difikirkan sesuai.)
  • Tentang hubungan dengan ayahanda, bonda dan adinda-adinda pada masa ini: Jawapan yang terbaik kepada soalan ini pada saya ialah “Alhamdulillah."
  • Perasaan tentang perhatian seluruh negara yang tertumpu kepada isu-isu yang melingkari Istana Kelantan: Saya rasa jawapan yang paling sesuai ialah kita tidak boleh nak fikir sangat (hal ini) sebab jika kita terlalu memikirkan sangat, nanti otak kita akan sesak (jammed) jadi kita kena reda, kita tunggu dan kita lihat apa yang berlaku itu, jika kita fikir ia sudah takdir, maka kita lihatnya sebagai takdir. jika kita hendak fikir banyak sangat why? why? why?...akhirnya kita tidak akan terfikir kerana otak manusia atau data base otak manusia tak akan dapat memikirkan kenapa ini semua terjadi.
  • Rahsia tidak kekok untuk berada bersama-sama rakyat, duduk dan makan bersama malah menyembelih lembu bersama-sama rakyat dalam majlis-majlis keramaian: Kalau kita buat sesuatu perkara yang kita suka seperti sesetengah orang suka menyanyi, sesetengah orang suka makan, tengok tv, akhirnya ia akan menjadi senang untuk kita. Misalnya jika kita suka makan nasi lemak, kita makan sepuluh bungkus pun tidak ada hal.
  • Rahsia mudah didekati oleh rakyat dan tidak kekok memberi bantuan peribadi: Bagi saya senang sahaja sebab jika kita perhatikan sewaktu ayahanda saya menjadi Sultan, tidak ada satu yayasan dibuat atas namanya. Jadi saya fikir mengapa tidak ada (yayasan). Jadi itu yang mendorong saya untuk memberi sumbangan peribadi kepada rakyat jelata. Sebab tidak ada yayasan di atas nama ayahanda saya yang dapat saya gunakan untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat (Nota: sebaik sahaja diangkat menjadi Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah menubuhkan sebuah yayasan yang diberi nama Yayasan Sultan Kelantan yang tujuannya adalah untuk menjaga kebajikan, pendidikan dan keagamaan rakyat di bawah jajahannya.)
  • Mengenai perancangan Yayasan Sultan Kelantan dalam membantu rakyat: Kita anggarkan kita akan dapat mengutip antara RM5 hingga RM6 juta (untuk dana awal). Selepas itu anggota lembaga pemegang amanah akan memutuskan cara untuk menyalurkan wang tersebut. Apa yang penting ialah untuk menentukan supaya program baru untuk mengumpul dana dapat dirancang dengan baik agar wang dana itu tidak habis. Jika wang dana tidak mencukupi atau kehabisan ini bermakna hanya segelintir pihak sahaja yang berpeluang mendapat faedah daripada dana ini. Matlamat yayasan ini ialah untuk membantu seseorang itu berdikari supaya dia sendiri dapat menguruskan dirinya selepas itu tanpa bantuan lagi.
  • Pandangan tentang isu pembangunan yang dihadapi oleh rakyat dan negeri Kelantan: Masalah negeri Kelantan saya nampak adalah tentang soal kekurangan infrastruktur asas dan tidak semaju seperti mana negeri Selangor atau Johor. Jadi kalau negeri-negeri ini banyak lebuhraya dan jalan baru dibina akhirnya kampung-kampung kecil dan bandar-bandar kecil yang berada di sekitar kawasan yang memiliki kemudahan infra seperti jalan raya dan sebagainya akan menerima pembangunan secara tidak langsung. Ini kerana, saya selalu ke mana-mana menggunakan kereta, jadi saya dapat tengok bagaimana kawasan yang mempunyai jalan besar dan utama akan turut membangun dan kampung itu tidak mati. Tetapi jika tidak ada jalan dan pembangunan ekonomi susah hendak sampai ke situ, ia akan mati termasuklah masyarakat kerana mereka tidak ada kesempatan untuk turut membangun kerana tiadanya komunikasi dengan dunia luar. Di Kelantan itu yang paling ketara.
  • Tentang prinsip-prinsip asas dan perubahan utama yang akan dilaksanakan: Prinsip saya ialah kita sebagai pemerintah haruslah aktif membuat tinjauan kerana hanya dengan meninjau kita akan mendapat gambaran sebenar (keadaan di bawah) dan dapat ambil tindakan sewajarnya serta dapat memberi keutamaan kepada yang mana perlu mendapat perhatian terlebih dahulu.
  • Tentang tahap kemajuan ekonomi dan pembangunan sosial negeri Kelantan: Seperti mana yang saya katakan di awal wawancara tadi, tidak ada bandar di dunia ini dapat bangun tanpa ada infrastruktur asas seperti jalan, hospital, lapangan terbang. Saya bukannya hendak campur politik tetapi apa yang saya maksudkan di sini ialah kalau hendak bangunkan sesuatu kita perlu buat kajian fisibiliti terlebih dahulu. Contohnya macam saya balik (dari sesuatu majlis) dengan kereta saya dapat lihat sendiri kesesakan lalu lintas yang teruk kearah pusat bandar (Kota Baru) bila ada cuti am. Mengapa sesak? Kerana jalan tidak luas atau tidak cukup tetapi kereta banyak. Mengapa kereta banyak? Sebab pada waktu cuti umum orang Kelantan di luar Kelantan balik bercuti ke Kelantan. Jadi kalau kita buat lebuh raya dan buat tol sudah pastinya kita akan dapat menjana pendapatan kerana ramai yang balik ke Kelantan menggunakan kereta. Akhirnya hasil (wang) akan berpusing dan ini akan merancakkan ekonomi termasuk hasil pendapatan rakyat. Bila ini berlaku ia akan menyenangkan hati rakyat – tidak kiralah sama ada ekonominya ke, kesejahteraan dia ke, atau kesihatan dia ke, asalkan rakyat senang. Dan apa sahaja yang akan menyenangkan rakyat kita sokong. Jadi kita tidak hendak menyalahkan mana-mana pihak. Cuma bila kita buat perbandingan contoh Kelantan dengan Terengganu, Kelantan dengan Pahang, Kelantan dengan Johor atau Selangor, Wilayah Persekutuan, kita akan tahu jawapannya kedudukan kita di mana.
  • Mengenai impak aktiviti politik kepada perpaduan rakyat: Sistem politik ini, bagi saya selagi ia tidak bercanggah dengan agama dan kita tidak memburuk-burukkan orang lain dalam ceramah tidak mengapa. Bagaimanapun ia bergantung atas diri masing-masing. Misalnya atas pentas ceramah, kalau sesetengah orang itu mulutnya laser, akan keluar perkataan-perkataan yang tidak elok tetapi kalau orang itu jenis orang baik, tak akan keluar kata-kata buruk ke atas orang lain. Jadi kita sendiri kena tahu bila hendak tekan brek (had). Kalau saya sendiri nak cakap apa-apa pun siapa boleh halang saya cakap tapi kita sendiri kena tahu bila hendak brek. Sebagai manusia kita kena tahu had kita di mana. Jika tidak, kita akan menjadi seperti sebuah kereta api yang out of control yang akhirnya akan terbalik.

----------------

Mana nak cari lagi sultan macam ni, sanggup gugurkan "Daulat Tuanku" kepada "Allahu Akbar" semata-mata kerana mahu rakyatnya memperolehi pahala sewaktu melafaznya...

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: Barang siapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia akan mendapat satu kebaikan dan satu kebaikan digandakan sepuluh, aku tidak katakan bahawa ‘alif lam mim’ satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf. (Riwayat Tirmizi)

Sebut sahaja seruan الله اكبر dah berpahala berlipat-lipat kali ganda. Sungguh mulia hati Tuanku yang seorang ni.



*peroleh dari seorang sahabat..( ye saya mengaku berangan nak kawin dengan anak sultan, tapi itu pun kalau sultan tu perangai nya macam nih :) heheh)

Tuesday 3 April 2012

Dakwah itu mudah.. ?

Bismillahirahmanirahim... <3
saya menaip dengan penuh perasaan cinta nih..
i just want to share about "DAKWAH"
one of the biggest sunnah .. yang Prophet S.A.W tinggalkan pada kita..
yah... Murabbi saya pernah ckp yang akhir zaman mmg ramai yang pandai berkata tentang agama tapi hanya sedikit yang mengamalkannya.. thats mean.. tak semua yang berkata itu , mengamalkan agama dengan sempurna.. rite?
 ok the reason is... Hidayah itu milik ALLAH.. ye? tapi kitakan para Dai'e... sbg seorang yang mengaku beriman.. cukupkah dengan mengakuinya dengan lidah?
Allah berkehendak memberikan hidayah itu kepada sesiapapun yang DIA kehendaki... Syukur Alhamdulillah, kalau kita buka mata sekarang akan dapt lihat makin bertambah non-Muslim yang revert to Islam.. dapat hidayah dari Allah.. syukur juga kerana bertambahlah kekuatan orang Islam.. tapi ingat Quality is more important than Quantity!
“Daripada Aisyah r.ha., Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
> macam dalam rangka talk saya untuk program ABJZ pulak :) apapun saya memang suka ingatkan hadith ni pada diri sendiri supaya tak putus asa.. kalau saya lupa ... jangan segan untuk INGATKAN saya semula..

Mencari Ilmu sampai Menutup Mata ;)

BIsmillahirahmanirahim.. 
Alhamdulillah selesai sudah minggu peperiksaan :) nak masuk semestar baru dah nih..dapat cuti 2 minggu 
(lebih kurang) untuk penohkan dada dengan persediaan untuk semestar akan datang.. Kalau nak di flashback semula, sems nih mmg banyak dugaan.. haha.. menangis, gelak,marah, gaduh dan macam2 lagi haa.. tapi saya dah lepas semua tuh Alhamdulillah.. ujian itu tanda Allah sayang pada kita.. dia mahu kita  merasakan erti kehidupan yang sebenar.. sakit tuh kifarah dosa, biar sakit sentiasa.. supaya sentiasa terhapus dosa.. :) apapun itu urusan Allah.. bila dalam kesusahan antara quote yang saya akan refresh pada diri saya petikan ayat dari surah Al-Baqarah ,Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. 2:216 Itu semua rahsia Allah.. Kita hanya menurut apa yang Allah tetapkan, ikut perintah Allah..

sebelum lebih banyak membuang masa sepanjang cuti.. bercadng nak  cover subjek semestar depan insyaAllah dipermudahkan bila berhadapan dengannya nanti.. mungkin akan lebih mencabar.. kalau nak di imbas sems lalu lah titk perkenalan saya dengan cinta baru .. ketika itu baru saya sedar.. Allah telah mengkabulkan doa saya yang lebih kurang 4-5 tahun yang lalu.. ya ALLAH... satu demi satu Allah kabulkan.. benarlah Allah tak beri apa yang kita mahukan, tapi Allah beri apa yang kita perlukan..

itulah permulaan perjalanan dakwahku.. Alhmdulillah.. doaku di perkenankan.. (hehe jgn give up berdoa!)

takper tunggu PHD baru jalankan tanggungjawab dakwah tuh..dalam erti kata lain tunggu betul-betul pandai baru nak ajar orang. ( alasan je tuh...).belajar sambil sampaikan.. Dalam masa kita sampaikan ilmu pada orang, walau sedikit.. Kita juga sebenarnya menimba ilmu.. mula-mula mungkin akan rasa kita dapt ilmu tanpa di minta, terutamanya bila kita berkongsi dan dapat renspon yang baik..  lama kelamaan ia buat kita jadi xcited untuk sampaikan ilmu yang kita ada, untuk dapat kan ilmu dari mereka juga.. dan sebagai resultnya memberi manfaat antara satu sama lain..
 Mencari ilmu tak akan pernah habis.. pepatah arab yang berbunyi menuntut ilmu sampai ke negeri China.. di gambarkan China itu seakan-akan hujung dunia tempat yang paling jauh dari tanah Arab pada masa itu.
sedangkan di saat berhadapan sakratul maut nanti juga disunatkan mengajar mengucap.. walau kita dah tahu bagaimana mengucap, tapi Nabi tetap suruh orang yang berada di samping si sakit membimbing ucapan kalima "lailahailallah" itu.. agar diharamkan api neraka menyentuhnya kelak (HR Bukhari, Muslim).. Islam itu sendiri tidak pernah kenyang dengan ilmu.. setiap hari ada masalah, dan setiap hari kita rujuk kaedah yang sejajar dengan syariat.. kita mengkaji dan terus mengkaji.. mungkin ada yang kita sudah tahu, barangkali ianya baru bagi yang lain nya.. kan berlaku proses pembelajaran tanpa sedar... itulah hakikat ilmu.. Harta yang tidak pernah hilang..
Sunnah yang paling mudah, Rasulullah juga belajar dari Allah.. melalui Jibril yang menyampaikan wahyu.. belajar Baca, Iqra'... kemudian Allah beri lagi kepandaian luar biasa, jiwa yang bersih dan hati yang suci.. SubhanAllah tanpa sedar kita mengamalkan sunnah.. indah sungguh.. Allah menyusun buat kepentingan kita.. :)

Berhenti dari terus mencemarkan..

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Kenapa golongan kami dipersendakan?
Apakah tujuan semua ini di perlakukan?

bermain sebuah persoalan, kenapa semakin ramai niqabis sejak kebelakangan ini? apakah ianya dilakukan dengan tujuan yang sama?

Kadang-kadang aku terfikir, kenapa perlu berniqab?.. itu keputusan ku.. tidak dipaksa oleh sesiapapun..
 tapi kenapa? aku yakin "Islam itu Syumul" setiap permasalahan pasti ada jalannya..
banyak jalan dan matlamatnya hanya 1.. Redha Allah..
Seperti wanita yang lainnya Aku hanya mendambakan Syurga di akhirat nanti, bertemu dengan sang kekasih hidup bersama bahagia selamanya..
tapi apakah jalan mahu mendapatkan nya? dengan menjadikan diri golongan Ghuroba?
Kalau berniqab dipandang pelik dan aneh dengan pandangan yang seakan-akan melihat alien dari planet yang berbeza , itu masih belum cukp mengklaim diri sebagai golongan asing .. yang asingnya adalah iman..
.:iman = mengakui dengan hati + melafazkan dengan lidah + beramal dengan anggota:.

dunia kini semakin berani mempersendakan para niqabis dengan lakonan wanita berpurdah..
yang langsung tidak mengambarkan peribadi yang sepatutnya sebagai seorang wanita Islam dari segi imannya..
berpurdah kerana tradisi- bagi sesetengah orang, ia merupakan trsdisi orang arab. dan sesiapa yang memakai purdah ertinya dia ingin menjadi orang arab..ini kerana kawasan mereka yang berpasir, dan memaksa mereka menggunakan penutup muka..
berpurdah kerana ikutan- ingin menjadi seperti mereka yang berpurdah, selalunya mereka seorang yang dipandang tinggi agamanya, dipandang alim, dipandang warak dan seorang yang di hormati.. menjadi trend, wanita bepurdah lebih menarik perhatian para ustaz dan putera agam diluar sna.. dengan harapan agar turut menarik perhatian mereka, dan akhirnya dikurniakan suami soleh yang dapat membimbing.. mungkin juga ianya kerana sinonim dengan satu tempat, misalnya kalau sudah belajar dia sekian2 tempat haruslah berimej begini baru melambangkan identiti.
berpurdah kerana keluarga- selalunya ahli keluarganya juga niqabis, kakak, ibu, makcik dan akhirnya dia juga turut mengenakan purdah..ini mungkin kerana faktor keselamatan. boleh jadi hanya ikutan.. disuruh oleh bapa dan sbgnya.. ada yang ikhlas ada juga yang terpaksa.. boleh jadi mereka sendiri tidak tahu akan fungsi dan sejarah niqob sendiri..
berpurdah kerana tahu HUKUM- mereka selalunya mempunyai alasan tersendiri, antaranya wajah yang boleh mendatangkan fitnah, beramal berlandaskan Mazhab Syafie yang mewajibkan pemakaian purdah, bagi mengelakkan lelaki menatap wajah mereka kerana takut terpanah dek syaitan, mengamalkan sunnah Ummu Mukminin Saiditina Aisyah r.a dan wanita2 mulia zaman Rasulullah s.a.w.. dan bermacam macam lagi alasan hukum berpurdah..
berpurdah bagi menjaga iman- dengan berpurdah ini merupakan tarbiyah buat dirinya untuk terus istiqomah dalam kebaikan, dan melatih diri berperilaku seperti wanita solehah sebenar, dan memudahkan dirinya berdepan dengan ikhwat, tanpa memperlihatkat wajah. selain dapat menjaga hati dari mendekati zina. Wanita yang menjaga hatinya sebenarnya sekali gus menjaga kemaluannya kerana dia sedar akan kemampuan dirinya dalm mengawal nafsu syahwat(kehendak). dengan berniqab juga sebenarnya melatih diri untuk menundukan pandangan..
berpurdah kerana ingin dilabel- bagi memperoleh title solehah , alim, warak, dan pelbagai lagi title yang baik darjatnya. ini bagi menutup keburukan perilaku.. dia tetap melakukan perkara seperti orangyang tidak berniqab, tidak menjaga batas dalam pergaulan, tetap menjalinkan hubungan cinta dangan yang belum halal dan berdating seperti remaja sosial. yang membezakannya hanya luaran.. kadang lebih hebat dari mereka yang tidak bertudung.
berpurdah bila perlu- ada yang berpurdah ketika bercampur dengan ikhwat sahaja, ini samalah konsep bagi mengelak fitnah. mereka selalunya terdiri dari orang yang tahu hukum dan dalil2  yang membincangkan perihal niqab.
--------------
Apapun perihal berniqab adalah merupakan khilaf ulama'.. ada yang berpendapat hukumnya wajib, ada yang harus, ada yang sunat dan ada juga yang tidak meletakkan hukum kerna menganggap berpurdah  tidak perlu dan tidak disuruh Nabi dengan jelas..

Semoga Allah menerima amalan kita semua, kerana Allah sahaja yang selayaknya menilai ibadah dan status amalan kita.

tapi apa yang kami terima kini.. "DUNIA".. apakah sedang mempersendakan kami? perkataan dunia itu tidak merujuk pada yang tidak berakal.. pelbgai pihak mengambil kesempatan dengan menjual cerita islamic yang menampilkan watak berpurdah dan heronya seorang putera agama dengan konsep couple islamic, yang boleh bergurau senda+ berdating+bermesra+bersentuhan walaupun berlapik... apa ini kah hakikat kami? kalau pun aku tidak memihak kepada sesiapa.. apa yang ditayngkan dengan lakonan ini sendir mtelah mencemarkan imej ISLAM.. non-muslim akan terkeliru dengan adab ISLAM sebenar.. bila dilakonkan ianya berbeza dengan dunia nyata..

para wanita diluar sana mula merasakan yang berniqab itu hanyalah pakaian luaran.. dan seterusnya ingin mencuba.. bermulanya dengan meletakkan gambar profile picture mengenakan purdah.. bercampur dengan gambar yang kurang senonoh.. dan seterusnya di puji dan di puja.. niat mula lari, lebih kepad ingin mendapatkan title dan dipandang orang.. " apa salahnya bercouple.. berniqab pun masih boleh bercouple"

Ianya benar-benar mengundang fitnah bagi yang lainnya... sebagai seorang MUSLIM yang merasakan turut terhina dengan fenomena ini.. Aku berhak bersuara.. ini juga DAKWAH... sampai bila mahu mempersendakan para niqabis yang melakukannya kerana Allah? INGAT ini imej IBU ORANG MUKMIN Saiditina Aisyah r.a dan ramai lagi wanita mulia zaman Nabi.. apakah tidak rasa bersalah menconteng arang ke muka orang ISLAM sendiri?

CUKUP

menutup aurat itu hukumnya wajib.. tahu apa tujuanya, selidik hukumnya, dalil2..kenapa perlu? kenapa mahu?.. apa kesan dan akibat nya.. tidak pedulikan berniqab atau tidak, yang wajib dijalankan dahulu ..baru kisah yang sunat..kalau kau meletakkan wajib itu di belakan apakah kau yakin yang sunat akan kau kerjakan dengan baik? berniqab tapi bertabbaruj.. jujur aku sedih..
bukan beerti aku lah yang seharusnya dicontohi, tapi apakah adil kau memperlakukan agamamu sebegini? wahai manusia.. jangan mudah menganggap kami tergolong Ghuroba dengan hanya kami berniqab.. dan berhenti mempermainkan agama Islam sebegini...

mereka melawan rasa ingin kelihatan cantik di depan ajnabi dengan memupuk rasa cinta  mereka supaya biar cantik hanya pada Allah..  mereka  alih pandangan  mereka  dari melihat ikhwat yang Allah ciptakan indah selagi Allah tidak menghalalkanya..  mereka  sorok perasaan suka mereka  dipuji orang untuk mengelak  dari perasaan ujub , riak dengan membisikkan dihati  mereka  Janji Allah itu benar..  mereka sembunyikan wajah  mereka supaya tidak menjadi fitnah, gangguan buat si adam..  mereka jauhkan diri  mereka dari dilihat orang kerana ingin sama membantu menjaga iman, dari terkena panahan syaitan..

tolong....
tolong.........
berhenti.....

lakukanlah ia dengan ikhlas dan ihsan.. kerana Allah tidak memandang amalan yang didatangi riak..
dan ianya hanyalah sia-sia...