Thursday 16 February 2012

Isu yang menjadi sebutan ramai.. kenapa ye?


BismillahirRahmaniRahim..
 Assalamuaalaikum w.b.t..
Terasa ingin meluahkan pandangan tentang isu HOT masa kini iaitu NIKAH AWAL.. huu~~ bagi sesiapa yang berniat mungkin boleh pikir-pikirkan apa yang bakal saya sampaikan ini.. persoalannya kenapa ia begitu diTENTANG oleh kedua ibubapa kita? Mungkin itu yang sedang bermain difikiran kita baiklah.. Kalau difikir secara tenang (tanpa emosi) apakah kita sudi berkahwin dengan seseorang yang bersikap seperti kita? Will I marry Me? Soalan ini bukan bertujuan untuk merendahkan mana2 pihak tetapi.. inilah sebabnya mereka enggan melepaskan kita.. terutamanya wanita..> tak naya anak orang?< tetapi tidak semudah itu ibubapa member i tahu sebb mereka enggan.. jadi mereka mula menggunakan alas an, “masih muda”, “ tunggu habis belajar dulu”, “ Kak long pun tak kahwin lagi”, “ Hang dah gatal sangat ka nok menikoh doh”... kata2 yang amat mengguris hati para remaja sekarang..
Saya mengaku, pernah bertanya kepada orang tua saya berkenaan isu menikah awal, dalam keadaan yang dapat dikawal.. sebenarnya mereka khuatir, kita tidak dapt menguruskan keluarga. Tidak pandai meguruskan masa.. Dan selalunya mereka akan melihat bagaimana pembawakan diri kita di rumah. Cukup solat? Pandai masak? Pandai buat kerja rumah tanpa disuruh? Uruskan anak kecil dengan baik? Pandai cari jalan selesaikan masalah?  Apa jadi dengan duit yang kami peruntukan buat sambung belajar dulu?  Bagaimana hubungan dengan ahli keluarga (terutamanya perempuan) Inilah yang soalan yang perlu kita jawab sebenarnya sebelum kita memberitahu hasrat kita untuk berkahwin awal. Bukan apa ini semua kerana mereka mahukan yang terbaik buat anak-anak. Mungkin ada yang berkata, “ Dulu umi pun tak pandai apa2, lepas kahwin boleh je belajar”.. Itu lah yang dinamakan  sayang.. mereka mahukan kita jadi lebih baik dari mereka.
Saya pernah dirisik beberapa kali, dalam usia yang sangat muda ketika itu. Mereka yang datang bukanlah calang2 orang.. Baik agamanya, baik juga paras rupanya.. tapi masalah ketika itu ialah “SAYA” . Kenapa?  Saya masih belum mahir mengurus masa. Terutamanya masa belajar. Kalau lah saya diizinkan berkahwin ketika itu.. bagaimana saya mahu menguruskan masa melayan suami dengan masa belajar saya? Kalau asyik berada depan laptop menghadap assignment, bila pulak masanya saya nak tanya khabar suami? Walaupun nikah khitbah, kalau saya tak pandai uruskan masa susah juga. Misal kata, si Suami ajak makan luar. Saya pula sibuk dengan  assignment, thesis, dan sbginya.. sanggup ke kita nak jawab “ sorylah sayang, nak siapkan kerja nih” dahlah jarang jumpa..
Kalaupun saya tiada masalah menguruskan masa, saya tak kreatif dalam menyelesaikan masalah.  Saya pun takpandai dalam bab susun menyusun..  Saya juga tak mahir dalam ilmu pendidikan awal kanak-kanak, saya juga masih dalam proses pembelajaran fiqh wanita...“PRACTICE MAKE PERFECT!” ok,jadi sebelum kita mengeluarkan banyak lagi alasan , kita cuba pebaiki diri kita sebaik mungkin. Buat persediaan. Jadikan rasa NAK KAHWIN AWAL itu sebagai pembakar semangat, Doa kita juga.. ya Allah permudahkanlah urusanku dalam usaha memperbaiki diri, aku amat menginginkan untuk bernikah awal, bantulah aku dalam membuat persiapan untuk menjadi isteri solehah agar kelak tidak menyusahkan bakal zaujku itu.. amin..
OK!, Saya juga pernah buntu memikirkan soal hati ini.. Kalau dah ade perasaan seeloknya dipercepatkan nikahnye..ya mmg benar.. tapi apakah yang mewujudkan perasaan itu? Adakah kita yakin, ianya wujud setelah kita benar-benar menjaga mata? Sempurnakan solat kita, sekiranya kita sering memikirkan tentang si dia yang belum halal buat kita? Kembali ke soalan asal.. kenapa orang tua kita enggan melepaskan kita? Ini kerana mereka takut, rumahtangga yang didirikan itu bukan berlandaskan Cinta Kerana Allah, tapi ianya semata-mata nafsu.. benarlah abi saya pernah berkata, jangan jadikan AGAMA sebagai alasan.. sewaktu mula-mula saya mendengar kata-kata ini.. saya terus menerus berasa marah.. apa yang cuba abi maksudkan? Ketika itu kotak fikiran penuh dengan suara syaitan yang menghasut supaya saya menjadi anak durhaka.. saya beristighfar, minta keampunan dari Allah.. Abi cuba katakan, walau si Dia beragama sekalipun, yang perlu  kamu bertimbangkan ialah diri kamu.. Kamu yang akan memikul tanggungjawab sebagai Isteri.. Si Dia sebagai suami, ya tugasnya kan beda.. kalau nasihat, teguran bapa sendiri aja kamu mahu ingkar.. Apatah lagi seorang yang tidak ada pertalian darah dengan kamu?  Ini monolog saya sendiri tentang huraian kata-kata abi sya. Alhamdulillah saya sedang perbaiki diri.. sebagai seorang anak, kita perlu fikirkan hati ibu sebelum fikirkan hati kita. Sya bercakap bukan bermaksud saya tak sokong kahwin muda. Saya pun ingin NIkah awal juga..!! tapi bila saya fikir2 semula Layakkah? Allah Maha Mengetahui segala apa yang dirancang.. Allah tahu masa yang paling sesuai untuk kita bernikah.  Jangan mencari cinta yang tidak halal, kelak merosak diri.. inilah pointnya!! Kita juga yang salah, sebab bercinta dengan orang yang belum tentu menjadi suami kita..  bila dah tak dpat tahan perasaan, kita takut jadi maksiat. Kita ambil keputusan untuk berkahwin.. Malangnya ia tidak dipersetujui ibu bapa.  Saya tidak sempurna, say ajuga bersalah dalam banyak hal.. dan saya bercakap berkongsi pengalaman. Tapi  yang paling saya cuba elakkan , cinta sebelum nikah. Kerana Syaitan kan jadi bestfriend kita. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jadikan ia suatu yang member kesan baik buat diri kita. insyaAllah semuanya akan lebih senang, tenang.. J

Tuesday 7 February 2012

Ahlan wa Sahlan..

Assalamualaikum.. Ahlan wa Sahlan....
Syukur Alhamdulillah, selepas account lame dah kene hack berpeluang buat account baru.. dan ini merupakan post yang  tidak punya apa2 kepentingan pun.. ok.. itu sahaja..
ana penulis kepada blog SubhanAllah <3