Showing posts with label Mood. Show all posts
Showing posts with label Mood. Show all posts

Wednesday, 10 April 2013

Mood Swing :(

                                           بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 



Assalamualaikum w.b.t
Kepada semua yang menyinggah dan membaca entry post kali ini. Agak lama sudah tidak meng“update”  blog nih, maklumlah minggu exam menjelang tiba. Maka kami pun “bertukar” menjadi pelajar contoh masing-masing.. berkepit dengan buku dan nota.. haha..  time nih lah masing2 tak nak buat perkara lagha, tak nak gosip2 tak nak gelak2.. serius je.. semua pakat sombong belaka.. haha sbb nya nak hafal nota, dalil, hadis2, ayat Quran.. kehulu ke hilir pegang Quran..
Allahu, macam2 gelagat student kalu nak exam.  Tapi Alhamdulillah, semunya dah pun berlalu..dah selesai pun sem 5. Yang banyak cabaran dan ritangannya.. watak2 yang muncul sepanjang sem 5 pun tak akan ku lupa kan hehe..^.^
 Okay,  dah nak mula ke tajuk utama..> Kebelakangan ni ada beberapa kegusaran yang mengganggu fikiran ku ini, bebrapa perkara yang menyinggah dan buat aku terfikir.. Allah, cuti sem yang pendek nih agak2 bermanfaat ke tidak ye? Agak hambar rasanya.. ntah, hidup macam terasa down dan berada dalam kepura-puraan.. kenapa agaknya?







Cerita bermula selepas balik dari Hospital Columbia hari Jumaat  minggu lalu.. Terasa ada yang kurang dalam diri ini sebagai seorang wanita. Ya, hasil dari conversation dgn doktor tempoh hari sedikit sebanyak memberi kesan.. penyesalan dan benci pada diri sendiri mula timbul.. (Allah, Ampun kan aku..) entah, entah kenapa..perasaan yang tidak bertepi muncul, sepatutnya sebagai seorang yang mengaku beriman aku harus terima, dengan hati yang terbuka..Bukan membenci diri yang Allah pinjamkan ini.. Cuma sedikit perasaan risau bercampur kesal/kecewa yang hadir setelah mendapat tahu diri ini di lahirkan sebagai seorang yang tidak normal.
Ya , pasti ramai yang terkejut.. apa yang tak normal nya?  Keadaan  di alami ini hanya terdapat pada setiap 1:15 orang wanita di dunia, dan terkini doctor menjangkakan 1:3 wanita. Sesuatu yang  sangat buat wanita rasa down, kerana sebagai seorang wanita keinginan untuk bersama orang2 yang disayangi dan memiliki keluarga yang bahagia, dapat melahirkan anak yang ramai dan di layan seperti seorang wanita sememangnya fitrah..
Aku? Dilahirkan sebagai seorang perempuan, hidup sebagai seorang perempuan tetapi dikelilingi lelaki sejak ddari zaman persekolahan, mungkin sbb sikap ku yang lebih terbuka dan tak gedik macm perempuan normal.. dan di rumah bersama dengan dua orang adik lelaki.. Tak heranlah aku susah “jatuh cinta” atau terjebak dengan “cinta monyet” sewaktu zaman persekolahan dulu.. rupa2nya diri ini “abnormal”…. Hurm..
Ya dulu ingat masalah nih tak berat, rupa2nya hnya ad beberapa tahu berbaki untuk buat rawatan.. L Sedihnya…
Apalah nasib bakal zaujku nanti? Dapatkah dia menerima kekurangan yang Allah ciptakan buat ku ini?
InsyaAllah, kalau dia memilihku benar-benar kerana Allah, pasti dia terima segala apa yang Allah ttpkan buat ku, kerana ini adalah apa yang ditentukan Allah buat ku..
“Maaf” andai diri ini tidak membahagiakan kamu nanti.. :’(



Next, perkara lain yang menganggu fikiran ni.. berkenaan isu tak puas hati.. herm..

Malam sabtu, kami sekeluarga menziarahi atuk di Serdang, Selangor. Biasalah bila cucu jumpa nenek.. mestilah borak2 kan.. tibe2 nenk mengadu.. ke tidakpuasthati-an nya pada ku. Ceritanya lebih kurang macam nih lah…> si cucu perempuan dilepaskan ke konsert di KL malam2 dengan bayran tiket berharga 200++. Si mak dan bapak pulak degan selamba berkongsi cerita tanpa rasa bersalah.. Nenek pun tegurlah.. Tiba-tiba, pakcikdanmakcik yang rasa mereka betul ni pun shoot balik, mengenai niqab.. yang kononnya den pakai niqab/purdah ni ngado2, melebih-lebih, tunjuk baik segala bagai.. macam alim..bukan wajib pun =.=’
Sumpah, tak pernah buat pengakuan macm tuh kat mana-mana. Tak tunjuk baik pun…tak tahulah kalau ter”nampak mcm baik pulak kan…
Yang tak puas hati nya, kenapa tiba2 muncul isu den pulok? Jumpo pun jarang, tibo-tibo ja..  
Tahu tak, ini menampakkan bahawasanya kalian dah terkantoi salah.. sedarpun yang kalian buat sesuatu yang sangat kontra dari ajran Islam, tapi masih nak nafikan.. Nak tutup2 lagi,  tiba2 attack den yang takdo kono mengono.. (ntah ape2 je)
Sungguh saya mengaku saya tak terlalu syadid, dalam bab niqab dan purdah ni. Saya buka bila bersama sepupu sepapat ahli keluarga terdekat, saya buka bila di tempat yang saya rasa selamat untuk saya buka.. dan untuk dakwah saya. Saya pakai untuk hati saya, demi menjaga diri saya, dan hubungan saya dgn Allah. Bila tiba masa saya berhubungan dengan manusia dari hati ke hati saya tinggalkan niqab saya (itupun sekiranya ia menjadi penghalang yang fardu). Contohnya ketika dalm program dakwah, demi menyentuh hati  mereka yang di dakwah. Saya mahu mereka lihat saya sebagai manusia seperti mereka juga, bukan malaikat yang serba perfect.. dan tidak mahu mereka lihat yang berpurdah ini seorang yang perfect sehingga kan bila seorang buat salah walaupun kecil, pun dah dipandang keji seperti dosanya tidak diampunkan lagi.. tidak..
Untuk makluman semua saya nyatakan di post sebelum ini, saya memegang hukum niqab ini SUNAT. Bukan WAJIB!!!!!
Jadi jangan buang masa anda, mengumpat saya atau menuduh, menfitnah dan menutup kesalahan kalian dengan membangkitkan isu saya berpurdah/niqab. Sangat POYO.. =..=
Sekiranya kalian mempersoalkan, semua gambar yang saya kongsikan di “alam maya” ni berniqab, ini kerana saya tak nak kalian focus pada wajah saya. Focuskan pada apa yang saya ingin sampaikan.. dan saya takut wujud perasaan riak dan tidak ikhlas dalam hati saya untuk share sesuatu melalui gambar. Sekurang-kurangnya tiada ekspresi muka yang kalian boleh  lihat pada kain yang menutup wajah saya tuh.. Saya hanya tunjukan ekspresi yang eklusif tuh hanya yang ekslusif dihati saya sahaja.. bukan untuk tatapan ramai dan nak dapat pujian.
Lagipun, ayahnda yang tercinta lagi menggalakkan anak daranya ni tak tunjuk MUKA kata alam maya ni.. biarlah tidak dinilai catik pada parasnya tapi pada akhlaknya..
Wasalam..

Thursday, 24 January 2013

Aku Klasik ^.^

                                                           بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum w.b.t. kepada semua yang sudi membaca post untuk kali ini..dan yg lepas2.. Syukur dah hampir seminggu cuti semestar bermula dan hampir juga ke penghujungnya.. SubhanAllah, beristirehat lah semua perkara ya..

Bile cuti-cuti nih duduk rumah lah jadi suri rumah 24 jam (yeke?) tapi untuk anak dara yang macam saya nih mmg tak berapa nak suri rumah lah.. sbbnya dah set kat minda nak rehat sepanjang cuti.. huhu Tak patut betul, sbbnya ada2 masa lah nak tolong mak  uruskan rumah.. Buat tuh buat cuma tak lah se pro-aktif + pro duktif ibu ku..

Cakap pasal pro aktif dan produktif nih kan, rasa2 selain gerak kerja, mind set dan aim (dll) ap lagi yang boleh meningkatkan kualiti kerja eh? Material!
hoho, tanya dan jawab sendiri tu adat menulis..
Ok sejujurnya saya bukanlah seorang yang tidak up to date, tak kisahlah dalam bab gadget ke, fashion ke, lifestyle ke apa-apa lah.. tapi sememangnya saya setia pada yang saya dah jatuh cinta.. :) dan mmg jenis yang sukakan sentuhan peribadi :)
 Biarlah orang tukar2 smartphone bagai, yang pentingnya untuk berhubung bukan? Jadi biarlah macam mana rupa asalkan kualiti tiptop!. sbg contoh:

Penyidai Kain: Zaman sekarang semua nak jimat space kan? haha, than mostly guna penyangkut yang boleh lipat2 tuh than banyak tmpat gantung/sidai. Tapi SAYA lebih sukakan hasil dari ampai yang straigth je tak bengkok2 walaupun agak sempit space tuh.. proses pengeringan baju pun cepat sebb sebaris je. Tidak terhalang untuk dapat cahaya matahari bukan? ^.^ 

Touch Screen: Wa, kiri kana depan belakang, dalm usrah saya nih semua dah advance. Touchscreen kat phone, tab, camera. huhu.. main alih2 pakai jari.. tapi bila tengok phone saya, hemmm.. button biasa, tade wireless, tade android , no GPS bla bla bla .Handphone flip zaman dahulu kala.. sampai kene sound dengan adik sendiri, nape lah tak tukar phone.. haha, jawapannya > kalau ada  internet kat phone ni, maka facebook lah yang dihadap 24 jam (teruknya) dan mulalah sahabat2 tompang sekaki nak online.. mulalah activity lagha.. hhu, than sememangnya hobi saya untuk susah2kan diri saya. Mungkin akan ada yang kata senang nak cari maklumat kat mane2 .  bedasarkan pengalaman saya.. saya lebih suka bersederhana ;) 

Mesin Basuh: bukan tak reti guna,(ad lagi ke isu tak rti guna mesin basuh) tapi kalau setakat 10 helai, hemmm basuh tangan je lah kiah.. sbb yang diyakini lebih bersih.. mesin kalu basuh kocak2 je.. bukan bersih sangt.. bila tgk masih ad kotoran.. nak mengharapkan sabun jee.. kalau pakai tangan boleh sental lelebih.. bak kata orang western "my dust" hehebeberapa hari lepas kene sound dek mak, napelah tak nak pakai mesin basuh hah.. 

Vacumm: Mesti ayu kan kalau nampak gadis-gadis sapu rumah pakai penyapu.. la ni  depa pakai vacumm, sorong sana, sorong sini khalas!.. hhu.. maaflah den tak minat sorong2 nih.. hehe walau lambat asalkan selamat ..>.< saya lebih suka  pakai penyapu, walaupun penyapu tuh sendiri dah berinovasi haha..


Mungkin ada yang akan kata "kolot" tapi kenyataannya, saya sukakan moment2 buat kerja pakai tangan.. plus Allah bagi tangankan? so tak salah nak guna lebih sikit.. :) Dalam erti kata lain, mensyukuri nikmt yang Allah pinjamkan seketika untk diri ni.. Biarlah apapun orang nak cakap.. Bukan nak menolak kecanggihan tapi saya selesa dengan cara kerja nih.. yang penting QUALITY! bukan QUANTITY :) betul tak? Tapi jangan lah terkejut or pandang sinis, kalau tibe2 saya guna benda2 tuh sume, sbb saya rasa tak salah plus tak dosa asalkan aim kita sama..  Begitu jugalah fungsi akal, Allah mengurniakan akal untuk berfikir dan ilmu manusia itu terhad. tapi rasa2 akal yang terhal nih pun dah macam2 boleh fikir kan? apalah kalau nak bandingkan dengn ilmu Allah yang Maha Luas..  Macam tulah sahabat2 pembaca yang dirahmati Allah, dalam menyelesaikan sesusatu permasalahan dlam Islam, kita gunakan AlQawaid Al Fiqhiyyun. Yakni berkenaan hukum-hukum yang berfsifat kontempori. walupun sesuatu itu tidak relevan untuk kita apply tapi bila kita tahu sebab, permasalahan yang tersirat kita akan jadi lebih fleksible dalm mengapplikasinnya.. dan benda2 nih lah yang memudahkan hidup kita.. kan ini menampakkan bahawa Islam itu mudah tapi bukan dimudah-mudahkan :) ok itu saja buat pembaca yang saya sempat kongsikan.. Doakan perjalan kami petang ini.. :) Semoga kalian dalam Rahmat Allah dan bersama menuju redha Allah ! Let's get Mardhatillah! <3 

Sunday, 25 November 2012

ImbalanceEmotion

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah dah sebulan lebih usia kelas pengajian Al-Quran yang di usahakan kami sekeluarga..
Syukur Allah permudahkan usaha baik kami, bermula dari bulan 10 (Oktober) yang lalu, sekarang dah pun bertambah pelajar.. Terasa puas kalau  dapat berkongsi ilmu dengan adik2 nih. Sekurang-kurangnya dapat mengubat rinduku dengan kumpulan Usrati yang dah lame tak berkumpul. Al-Maklumlah, masing-masing dengan agenda tersendiri. Ada yang dah kahwin, ada yang busy program.. Mencabar betul hidup sbg Mahasiswa/wi nih kan? hee.

Alhamdulillah sekarang dah  seminggu cuti sem bermula, dan seingat dakulah. Ada lagi dua minggu, InsyaAllah, kalau tidak aral melintang aku akan ke kursus "Penjagaan Kanak-kanak dan Pendidikan awal Kanak-kanak".. er..jap..jap.. macam mane student IRK boleh tersimpang skop kerja nih?
huhu, sudah tentu, tak da hukum yang mengharamkan saya berbuat begitu bukan? Apa salahnya kalau belajar dan ambil pengalaman dari bidang berbeza pulak. macam lah satu nanti aku tak jadi seorang ibu kan?(insyaAllah >.<) jadi ini kira preparation lah dan saja2 nak tambah ilmu.. sekarang pun dah berdepan dengan kanak-kanak jugak ..

Dalam masa cutilah rasanya diri nin banyak berperang dengan diri sendir,kenapa? ."...kerana hati yang kosong itu akan di penuhi dengan maksiat" Bahayanh kalau tiada pengisian.. Perasaan mula Bolak balik, terasa macam2.. jadi dipenuhkan dengan aktiviti2 yang bermanfaat lah hendaknya.. tapi macam mane? Buka FB asyik dengan Isu Gaza..Hati jadi membara marah ras nak terbang sana je..! Mula jadi sedih tak tentu arah.. Allahu..
*********************
إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
“Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka,” maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab, “Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung”. (HR. Bukhari no. 4563)


*********************
kenapa tiba2nih?... Yah, Bila down jangan lupa remind diri dengan hadis nih(diatas).. Hasbunallahwanikmal wakil!..
sepatutnya itu yang sentiasa ada dalam hati seorang mukmin... Sejak akhir-akhir ini jugak lah Allah nak hadirkan watak yang pernah wujud dalam hidup ini. Baru nih ternampak seorang kenalan yang dulu dikenali sbg DJ Squid, dan sekarang tidak lagi denga imej seorang DJ, tapi seorang Islam Alhamdulillah :) dan kini merupakan anak murid seorang ulama' terkemuka Alhamdulillah!...  dan seorang lagi yang dulunya dengan perwatakan yang agak keperempuanan,walhal dia seorang lelaki, dan kinidia lelaki sejati.. Alhamdulilah....
Senyum lagi dan lagi dan lagi.. haha

 Nampak tak kat situ ketidak seimbangan emosi saya? hurm.......
tapi apa yang terjadi semua adalah step Allah nak didik hati ini, benarlah Ujian itu tarbiah!
Sabar dan Jangan berhenti berdoa!




Love Journey..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah ♥
Assalamualaikum kepada sesiapa pun yang menyinggah ruangan ini :) Syukur yang teramat sangat kerana sehingga ke hari ini aku masih bisa merasakan nikmat yang ALLAH, kurniakan.. tersenyum dan terus tersenyum walau dalam apa jenis masalah sekali pun..
Tidak tergambar rasanya perasaan ini.. Sejak kali pertama bertemu, bersua hingga ke hari ini  kemanisan itu masih terasa..
haaaa.. ape tuh? mesti tengah fikir macam2 kan? hee
Ok baiklah saya berterus terang dari terus meneka-neka kan.. Itulah gambaran sepanjang saya bercinta dengan "DAKWAH" ni. Saya beri title "perjalanan Cinta" kerana sepanjang meniti hari sebagai seorang daie..

Saya rasa terpanggil untuk berkongsi detik-detik bermulanya perjalanan cinta nih :)nicemoment to sharing >wink<>wink<!
ia bermula dengan seorang senior yang Baik lagi manis, dia yang ajak saya untuk pertama kalinya ke program :) Program pertama yang saya libatkan diri secara individu tanpa ibu bapa, selepas bergelar mahasiswini adalah "Sinergi Keluarga Bahgia" oleh Ustas Hasrizal. atau mungkin lebih dikenali dengan nama Saiful Islam. Sejak dari situ aku mula bejinak-jinak dalam gelanggang dakwah. Semestar pertama di kolej nih subject ku adalah Science of Quran, Intro to Aqidah. Alhamdulillah ini lebih membakar semangat ku, aku mula menceburi bidang penulisan pula. Terpilih menjadi pemenang columnist untuk majalah di kolej.. Alhamdulillah,dengan ilmu yang sedikit dan sumber rujukan yang terhad... Senjataku hanyalah Kata-Kata nasihat :).. Sempat bertahan sehingga 3-4 keluaran akhirnya dengan sedikit konflik dalam, aku menarik diri.. kemudian rinduku terubat dengan dilamar oleh Senior ku yang Baik lagi Cantik , Jihad Umayrah menjadi Fasilitator untuk sebuah program dakwah, Anda Bijak Jauhi Zina, pasti ramai yang mengenali RaudhatulSakinah bukan? ya kami bawah naungan nya.. Ummi Rose sebagai pengasas, merupakan bos besar kami.. Alhamdulillah, pengalaman yang tak dapat dilupakan... Kali pertama dan kedua, di Kolej Universiti Teknologi Islam Port Dickson..Bersama dengan para Trainer ABJZ yang hebat! Kali pertamayang sukar dilupakan, sangat sensitiv.. asyik dihantui perasaan serbasalah, setiap teguran aku rasakan kekurangan besar dalam diri.. tapi Alhamdulillah Allah buka mataku, untuk bertenang dan menilai semula.. :)

Kali pertama bersama ABJZ!

Ianya merupakan  kenangan manis dan pahit buat diri ini yang baru dalam gelanggan Dakwah ni.. Banyak yang dapat aku pelajari..:) Sejak dari itu aku mula terlibat dengan banyak lagi program dakwah samada di kolej mahupun luar. Aku ke pesta buku di PWTC;) wow.. dua kali naik train..Mengeratkan lagi Ukhwah antara kami :) Alhamdulillah, kami sangggup meredah malam demi mengejar majlis Ilmu.. hehe, kawan-kawanlah yang menjadi mangsa.. minta teman >.< tunggu teksi malam2 di UIA tuh,pernah sampai pukul 1..woo~~~


Selepas kali pertama dan kedua, sekian lama tak beraksi di gelanggan ABJZ..! Rindu akhirnya terubat dangan peluang ketinga yang sebelum ini asyik di tunda-tunda dengan kesibukan diri sebagai student hehe.. Kali ke tiga di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang. Alhamdulllah banyak yang dapat di perbaiki dari pengalam kali pertama dan kali ke-dua ^>^..Sekali lagi berganding bahu dengan mereka2 yang hebat nih! SubhaAllah..


d'latest sekali.. sempoikan kami?


sedang beraksi ^.^

hari demi hari aku lalui sebagai seorang Mahasiswi yang memikul tanggungjawab berdakwah yakni menyampaikan, dengan ini membuat aku lebih bersemangat dan lebih berkerja kuat dalam mencari ilmu dan Mengutip mutiara-mutiara yang Allah letakkan di merata tempat.. sehinggalah ke program yang ke-empat dan seterusnya :) Alhamdulllah Allah permudahkan.. berikut program yang pernah aku sertai secara langsung dan tidak langsung..

di antara watak2 yang wujud sepanjang perjalanan mencari Cinta ini :)


di MasjidSaidinaHamzah! Terlibat denga program Cinta Masjid TvAlhijrah!!
SegalanyaBermuladisis! ececeh~~


ketika Berusrah di Zoo, sebagai Sukarelawan :) dengan Sahabat2 yang hebat.

turut terlibat dengan demo >.<  Semangat ! bagi membela nasib Rakyat Syiria!  InshaaAllah dengan Inringan doa yang berterusan.. Gaza, Syria dan Rohingya Bebas dari Cengkaman!
 Yang Rayfiqa yang sweet! hehe..

 Ukhti AmirahAyob, di UIA menghadiri TalkProf Tariq Ramadan . OHSEM!



ABJZ dengan adik2 solehah nih,membuat aku merindui suasana sekolah..~~


Bersama adik beradik Usrah, berniaga!


Banyak yang tak dimuatkan lagi InshaaAllah, sekiranya berkesempatan akan aku kongsikan lagi dalam post akan datang..:)
"Sesungguhnya orang mukminitubersaudara"Al-Hujurat:10 >.<

Saturday, 13 October 2012

Hati yang KOSONG~~

 Assalamualaikum wbt.
dimulakan Kalam kali ini dengan ucapan selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w..
sejenak bibirku mengukir senyuman.. Alhamdulillah, syukur ku panjatkan ke hadrat ilahi..
Setelah berbulan lamanya tidak menjenguk keadaan blog usang ni, akhirnya diberi kesempatan untuk berkhayal di sini lagi >.<

Semenjak beberapa hari ini, hamba kerdil ini merasakan ada ruang yang KOSONG dalam hati nih :'(
dek kesibukan menyiapkan tugasan duniawi.. kenapa sering diri ini menyalahkan urusan/tugasan kalau kita sendiri yang tak mahir atur masa? hem..

Bila mengimbas semua aktiviti yang dilakukan seharian sebelum tidur terasa diri sangat rugi keran melepaskan waktu2 yang bernilai sepanjang hari, dek kerana kemalasan yang memandu akal dan hati..

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.-2:25


*****************
Mulalah hati merindui kekasihnya, kalam indah dari Pencipta Sang Hati ini.. :')
(macambercintalah) 
itulah yang sebenarnya..bila kita jauh dari Allah,
kemudian Allah tarik semula dengan mencampakkan perasaan yang sebegitu supaya sangHati tak main jauh2 dari Maha Pencipta.. Allahu..
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka)"-2:186

“Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya. Dan telah datang kepadamu Dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang Yang beriman.”-11: 120


Allahu.. wahaiCik Hati, setialah pada kekasih mu..
Ya Allah jangan biarkanAku Jauh dari Kalamullah..;'(

Saturday, 16 June 2012

Cerita tentang Hero Saya :)

Bismillahirahmanirahim :)

i just wanna make a special post for my father :)..
i love you so much ABAH.. his name cannt be mention here because of "somet'in la" but takpe i will make sure that this post will be cheerfull nak baca >.< ok.. let me start by introduce him to you..
(gambar hiasan je :) i wish i have one.. nsyaAllah <3)
dialah hero pertamaku..;) ya i admit that i'm verry close to him more than mom..
ok mari mulakan cerita, secara luarannya ayah seorang yang sangat garang, dan sangat baran..
but sometime cool, mengalahkan ais.. haha.. sayang, tapi jarang diungkapkan.. he gave us anything, even he dont have to..antara perkara yang sangat buat saya terharu adalah.. teringat masa kecik2 dulu.. > ketika berusia lebih kurang 10 tahun mcm tu.. pesen saya, tak akan pergi sekolah selagi tak breakfast.. than time tuh my mom tengah sarat pregnant..dan abah lah yang melayanku..dalam kecemasan (dah nakpergi kerja)tu  abah sempat masakkan nasi goreng udang (yum2)wah..
sangat hebatlah.. bile tengok muka yang kelamkabut tu, baru rasa serba salah..Allahurabbi, anak jenis apalah  ni yang suka buat mak ayah susah.. nasib time tuh kecik lagi.. kalu tak mmg dirisendiri cop diri sendiri anak durhaka.. +..+
Kadang-kadang tindakan abahnih boleh buat kite nak menangis seyes! hoho.
************
Klau time birth day dulu, abah akan usahakan untuk belikan sesuatu, tak kisahlah murah atau mahal.. asalkan buat saya tersenyum :) time kecik2 mmg tak pandai menghargai, tapi now... walau takde hadiah, tapi saya tetap hargai.. Sekali tuh kita takde duit belanja nak balik Hostel, abah yang takde duit nih punggah2 poket dalam kereta tuh, cari duit sen2 kertas seringgit-seringgit nak bagi kat kita juga..
Pernah sekali abah sanggup berhujan kejar kita kat taxi stand hanya semata-mata nak hanta kita balik umah sewa. ;') ... walhal dia sendiri tengah penat time tuh.. hemmm
Dia usaha penuhi apa yang kita nak, dalam diam dia manjakan kita dengan cara yang kita sendiri tak perasan... memang abah bukan seorang yang suka ekspresikan kasih sayang dengan belaian, sebut kasih sayang pun abah dah geli... haha.. kelakar kan.. tapi dia sayang pesen lain...
Dia buat dengan tindakan, dan kata-kata dia.. kadang tuh dia saja taknak dengan kate2 kitasebb dia tak sanggup.. hemmm abah abah TAHU TAK ANAK MU NIH SAYANG SANGAT DENGAN ABAH! HEHE..

Sunday, 3 June 2012

Pencari Cinta Ilahi

>.<, cinta yang ku damba hanyalah cinta yang datang dari ALLAH, dan dari redha ALLAH aku yakin akan menyusul cinta yang halal :)