Friday 28 December 2012

Sahabat Duniawi VS Sahabat Ukhrawi

Bismillahirahmanirahim..
Alhamduillah, tanda syukkurku sbgai intro kalam kali ini..
:) Hari Jumaat yang sangat herm..~~~ buat aku tersnyum panjang... dengan doa2 yang terbalas.. ALLAHU.. mmg tiada lain yang layak disembah melainkan Allah, yang Maha Kuasa menggerakkan hati kita, kaki kita, tangan kita.. dan segalanya dibawah kehendaknya.. Love is awesome! kan? I'm in love with my CREATOR.!!!!
SubhanAllah.. makcik nih happy menggunung pulak.. hehe

Ok, Mode kembali kpd asal..:) Malam yang indah ini terasa nak post berkenaan sahabat.. hem, apa erti sahabat bagi korang yer? Sepanjang aku bergelar sahabat, apa yang telah aku usahakan? sahabat jenis apakah aku?

Hampir tiga tahun berlalu, saya telah pun meninggalkan sesuatu yang saya usahakan tapi gagal.. Ya, saya pernah gagal sebagai seorang sahabat. Sejak akhir-akhir ini, saya persahabatan saya sering di uji. Di hati sering terdetik , "sahabat jenis apakah aku ini?" sebelum saya mengambil sesuatu tindakan. Mungkin ini apa yang Allah ingin tunjukkan, atas kegagalan saya yang lalu sebagai seorang sahabat..

Hemh (puas!).... dari Hilang seorang sahabat ----(Allah ganti ke)--->Roomate baru :)-----(dari roomate ke)----sahabat sejati :)
 WOW!!

SAHABAT!, itulah yang saya nak bebel malam ni..
Bagi saya sahabat ada 2 type, yang pertama >Sahabat duniawi, yang ke-2>Sahabat ukhrawi.
Dan Kalau ditanya pada saya jenis yang macam mana yang saya inginkan? HARUSLAH saya jawab, "YANG ADA KEDUA-DUANYA SEKALI!!" huhu, woo, tamaknya makcik sorang nih. hehe.. Mestilah! Kalau beribadah haruslah yang sempurna betul? Kalau untuk hidup yang terjamin di akhirat nanti, haruslah saya cari yang ada kedua-duanya sekali.. :) Tapi sebelum tu, kalian jelas ke dengan erti Sahabat DUNIAWI dan UKHRAWI yang saya maksdkan?

Sahabat Duniawi- adalah Sahabat yang sentiasa ada bersama kita dalam mengerjakan hal-hal duniawi, uhm, sahabt macam nih mmg bagus, akan selalu tolong kita untuk mendapat kebahagiaan di dunia :)contohnya tolong kita carikan baju yang sesuai nak pakai untuk ke majlis2 makan malam.. hehe, mcm mana nak nampak cantik, study skali walaupun sampai tgh mlm sbb nak dpt dean ^.^, slalu tmnkan kita beli makanan kalau kita kate kita lapar, walaupun dia tgh "diet" hehe, slalu main make-up2 dan tgkap2 gambar yang chimul dan chomot ..*>.<* huhu.. sahabat macam nih mmg heaven je bila kita dgn dia. kalau kita ada masalah dia akan peluk kita 
dan nyanyikan kita lagu yang kita suka.., slalu temankan kita overnight lyan korea. feeling jambu sesame dgn kita, jadi reporter tersetia sekali dgn kita bila nampak org yang kita suka buat sesuatu hoho.. TAPI>>>

Sahabat Ukhrawi- pula, sahabat yang akan kejutkan kita bangun solat subuh berjemaah, slalu ajak kita ke majlis ilmu ;) ajar kita erti sabar. pergi jumpa uztaz/ah kalau konfius hukum2 agama :) pergi pesta buku sesama, tadabbur ayat-ayat cinta ^.^ dari kalam Allah yang Agung! selalu informkan kita kalau ada dating dengan mane2 ilmu Allah, kdang tuh ajak kita sekali :), ingatkan kita untuk jaga hati kalau ter"over" hyper suka.. hoho, berbuka sama2  dgn kita walaupun hanya dengan roti buku sekeping :') tanya soalan2 yang menguji iman dan taqwa kita eceh ") huhu . kalau ada kita baru, taksah kalau kita tak sentuh sama2.  selalu berada dalm saf solat kita.. hehe,  kalau kita solat dulu, mesti dia masbuk ..>.< comelje.. kalau kita down mesti dia bacakan doa rabitah, tak pun doa dhuha. hehe, kalau ada masa lapang mesti dia ajak kita zdikir sesama.. kalau pagi2 free, dia saje je lalu dpn kita nak pgie wudhuk nak buat sunat dhuha. sebelum tidur macam2 pesanan penaja dari dia hehe, yang paling best dia selalu minta maaf.. ;)


wah, SubhanAllah, awesomenye kedua-dua jenis sahabat nih kan? cuba bayangkan kita punya sahabat seperfect itu..:) Cuba imbas semula, Persahabatan terulung dalam sejarah Islam...Apabila Saidina Abu Bakar sanggup menahan kesakitan digigit kala jengking ketika meriba Banginda Rasulullah s.a.w, sehinggakan muka Abu Bakar kebiruan kerana bisa racun kala jengking yang kuat. Sehinggalah Baginda s.a.w menyedari kemudian menegur Abu Bakar yang sedang menahan kesakitan..Dan lihat pula betapa Kalifah Umar al-khattab mencintai Sahabatnya yang Mulia, Pesuruh Allah, Rasulullah s.a.w. Ketika kewafatan baginda s.a.w, Umar, seakan-akan tidak mempercayainya bahkan mengugut bunuh bagi sesiapa yang mendakwa Baginda telah wafat..terlalu kuat kecintaan mereka. kalau mahu di imbas satu demi satu pasti tidak mampu menahan sebak dan air mata ini... Kita sering mengidamkan persahabatan yang sempurna, tapi sebenarnya sekuat mana kecintaan kita pada sahabt itu? Adakah sekadar di mulut? kalau kita berada ditempat Abu Bakar as-sidiq, mungkin kita akan memarahi sahabat kita dang terus menyalahkannya.. atau mungkin di tmpat Umar al-khattab, kita akan bersuka ria kembali dan lupa untuk berdoa setelah lama pemergian sahabt kita itu..  
Wahai pembaca yang di sayangi, saya pasti kita pernah berada dalam situasi dilemma, bila kita melihat sahabat kita melakukan perkara yang salah. Tidak kiralah salah dari segi apapun, samaada Civil mahupun Agama :) tapi yang pasti itu salah.. Nak tegur, takur terkecik hati,jantung,otak dan segala organ dalaman nya pulak. dan akhirnya kita memilih untuk berdiam diri betul tak? Mulalah berbicara dlm hati " menjauhinya dengan hati adalah degan selemah-lemah iman, takpelah" huh.. senangnya kita mengalah tanpa belum benar kita mencuba untuk menggunakan kuasa atau menegur dengan lidah.. Inkah yang kta namakan sayangkan sahabat? 

Saya pernah menyesal kerana gagal dalam hubungan persahabatan sebelum ini, tapi saya tidak mahu untuk kali kedua dan seterusnya. Cukup, saya sangat rasa berdosa denga kegagalan saya menjauhi kemungkaran sahabt yang saya sayng. Tapi jauh di sudut hati saya, masih mngharap akan bertemu dengan nya di syurga kelak.


Kadang-kadang, sahabat perfect yang kita idamkan tidak akan sampai dengan sendirinya tanpa kita usaha.. Usaha? nak member perfect, kita pulak yang kene usaha pesal pulok?
Kalau masih ingat pepatah arab yang popular, sahabat tukang minyak wangi pun wangi jugak, manakala tukang besi bau besi  jugak kan...Begitu jugalah kita. 
Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)
Dalam bersahabat, kita punya banyak pilihan. Sama ada janji yang pasti atau persahabatan yang hanya untuk di dunia je, takde susah semuanya senang dan bahagia. Semua pilihan kita, kita jugalah yang memilih untuk memohon bantuan Allah atau membuat pilihan dengan nafsu..

Firman Allah SWT yang bermaksud, 
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antar
a satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (surah al-Hujurat, ayat 13)

Kita sering menginginkan sahabat sempurna, tapi sebelum itu, kita usaha dulu untuk menjadi sahabat yang sempurna. Dalam perjalanan usaha kita, pasti kita di temukan Allah kepada mereka. Oleh itu, pesanan ikhlas dari hati si penaip malam ini, Jangan sesekali menjauhi kemungkaran  apabila kemungkaran itu dilakukan oleh sahabt anda degn mentod yang ke-2 yakni, menjauhi dengan hati. Kata, kita sayang tapi kita tak sayang mereka dengan sebenar-benarnya. Buktinya kita biarkan mereka dalam kemungkaran dan terus begitu. sampaikan nak tegur salah pun tak sampai hati.. ITU CARA SAYANG YANG SALAH!  PAHAM!!!?

Buktikan sayang kalau dah ckp, kata nak jumpa di syurga.. so usahalah kearahnya!~! Ok semoga kita tergolong menjadi sahbat yang terbaik di Dunia dan Akhirat!

Sunday 25 November 2012

ImbalanceEmotion

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah dah sebulan lebih usia kelas pengajian Al-Quran yang di usahakan kami sekeluarga..
Syukur Allah permudahkan usaha baik kami, bermula dari bulan 10 (Oktober) yang lalu, sekarang dah pun bertambah pelajar.. Terasa puas kalau  dapat berkongsi ilmu dengan adik2 nih. Sekurang-kurangnya dapat mengubat rinduku dengan kumpulan Usrati yang dah lame tak berkumpul. Al-Maklumlah, masing-masing dengan agenda tersendiri. Ada yang dah kahwin, ada yang busy program.. Mencabar betul hidup sbg Mahasiswa/wi nih kan? hee.

Alhamdulillah sekarang dah  seminggu cuti sem bermula, dan seingat dakulah. Ada lagi dua minggu, InsyaAllah, kalau tidak aral melintang aku akan ke kursus "Penjagaan Kanak-kanak dan Pendidikan awal Kanak-kanak".. er..jap..jap.. macam mane student IRK boleh tersimpang skop kerja nih?
huhu, sudah tentu, tak da hukum yang mengharamkan saya berbuat begitu bukan? Apa salahnya kalau belajar dan ambil pengalaman dari bidang berbeza pulak. macam lah satu nanti aku tak jadi seorang ibu kan?(insyaAllah >.<) jadi ini kira preparation lah dan saja2 nak tambah ilmu.. sekarang pun dah berdepan dengan kanak-kanak jugak ..

Dalam masa cutilah rasanya diri nin banyak berperang dengan diri sendir,kenapa? ."...kerana hati yang kosong itu akan di penuhi dengan maksiat" Bahayanh kalau tiada pengisian.. Perasaan mula Bolak balik, terasa macam2.. jadi dipenuhkan dengan aktiviti2 yang bermanfaat lah hendaknya.. tapi macam mane? Buka FB asyik dengan Isu Gaza..Hati jadi membara marah ras nak terbang sana je..! Mula jadi sedih tak tentu arah.. Allahu..
*********************
إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
“Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka,” maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab, “Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung”. (HR. Bukhari no. 4563)


*********************
kenapa tiba2nih?... Yah, Bila down jangan lupa remind diri dengan hadis nih(diatas).. Hasbunallahwanikmal wakil!..
sepatutnya itu yang sentiasa ada dalam hati seorang mukmin... Sejak akhir-akhir ini jugak lah Allah nak hadirkan watak yang pernah wujud dalam hidup ini. Baru nih ternampak seorang kenalan yang dulu dikenali sbg DJ Squid, dan sekarang tidak lagi denga imej seorang DJ, tapi seorang Islam Alhamdulillah :) dan kini merupakan anak murid seorang ulama' terkemuka Alhamdulillah!...  dan seorang lagi yang dulunya dengan perwatakan yang agak keperempuanan,walhal dia seorang lelaki, dan kinidia lelaki sejati.. Alhamdulilah....
Senyum lagi dan lagi dan lagi.. haha

 Nampak tak kat situ ketidak seimbangan emosi saya? hurm.......
tapi apa yang terjadi semua adalah step Allah nak didik hati ini, benarlah Ujian itu tarbiah!
Sabar dan Jangan berhenti berdoa!




Love Journey..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah 
Assalamualaikum kepada sesiapa pun yang menyinggah ruangan ini :) Syukur yang teramat sangat kerana sehingga ke hari ini aku masih bisa merasakan nikmat yang ALLAH, kurniakan.. tersenyum dan terus tersenyum walau dalam apa jenis masalah sekali pun..
Tidak tergambar rasanya perasaan ini.. Sejak kali pertama bertemu, bersua hingga ke hari ini  kemanisan itu masih terasa..
haaaa.. ape tuh? mesti tengah fikir macam2 kan? hee
Ok baiklah saya berterus terang dari terus meneka-neka kan.. Itulah gambaran sepanjang saya bercinta dengan "DAKWAH" ni. Saya beri title "perjalanan Cinta" kerana sepanjang meniti hari sebagai seorang daie..

Saya rasa terpanggil untuk berkongsi detik-detik bermulanya perjalanan cinta nih :)nicemoment to sharing >wink<>wink<!
ia bermula dengan seorang senior yang Baik lagi manis, dia yang ajak saya untuk pertama kalinya ke program :) Program pertama yang saya libatkan diri secara individu tanpa ibu bapa, selepas bergelar mahasiswini adalah "Sinergi Keluarga Bahgia" oleh Ustas Hasrizal. atau mungkin lebih dikenali dengan nama Saiful Islam. Sejak dari situ aku mula bejinak-jinak dalam gelanggang dakwah. Semestar pertama di kolej nih subject ku adalah Science of Quran, Intro to Aqidah. Alhamdulillah ini lebih membakar semangat ku, aku mula menceburi bidang penulisan pula. Terpilih menjadi pemenang columnist untuk majalah di kolej.. Alhamdulillah,dengan ilmu yang sedikit dan sumber rujukan yang terhad... Senjataku hanyalah Kata-Kata nasihat :).. Sempat bertahan sehingga 3-4 keluaran akhirnya dengan sedikit konflik dalam, aku menarik diri.. kemudian rinduku terubat dengan dilamar oleh Senior ku yang Baik lagi Cantik , Jihad Umayrah menjadi Fasilitator untuk sebuah program dakwah, Anda Bijak Jauhi Zina, pasti ramai yang mengenali RaudhatulSakinah bukan? ya kami bawah naungan nya.. Ummi Rose sebagai pengasas, merupakan bos besar kami.. Alhamdulillah, pengalaman yang tak dapat dilupakan... Kali pertama dan kedua, di Kolej Universiti Teknologi Islam Port Dickson..Bersama dengan para Trainer ABJZ yang hebat! Kali pertamayang sukar dilupakan, sangat sensitiv.. asyik dihantui perasaan serbasalah, setiap teguran aku rasakan kekurangan besar dalam diri.. tapi Alhamdulillah Allah buka mataku, untuk bertenang dan menilai semula.. :)

Kali pertama bersama ABJZ!

Ianya merupakan  kenangan manis dan pahit buat diri ini yang baru dalam gelanggan Dakwah ni.. Banyak yang dapat aku pelajari..:) Sejak dari itu aku mula terlibat dengan banyak lagi program dakwah samada di kolej mahupun luar. Aku ke pesta buku di PWTC;) wow.. dua kali naik train..Mengeratkan lagi Ukhwah antara kami :) Alhamdulillah, kami sangggup meredah malam demi mengejar majlis Ilmu.. hehe, kawan-kawanlah yang menjadi mangsa.. minta teman >.< tunggu teksi malam2 di UIA tuh,pernah sampai pukul 1..woo~~~


Selepas kali pertama dan kedua, sekian lama tak beraksi di gelanggan ABJZ..! Rindu akhirnya terubat dangan peluang ketinga yang sebelum ini asyik di tunda-tunda dengan kesibukan diri sebagai student hehe.. Kali ke tiga di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang. Alhamdulllah banyak yang dapat di perbaiki dari pengalam kali pertama dan kali ke-dua ^>^..Sekali lagi berganding bahu dengan mereka2 yang hebat nih! SubhaAllah..


d'latest sekali.. sempoikan kami?


sedang beraksi ^.^

hari demi hari aku lalui sebagai seorang Mahasiswi yang memikul tanggungjawab berdakwah yakni menyampaikan, dengan ini membuat aku lebih bersemangat dan lebih berkerja kuat dalam mencari ilmu dan Mengutip mutiara-mutiara yang Allah letakkan di merata tempat.. sehinggalah ke program yang ke-empat dan seterusnya :) Alhamdulllah Allah permudahkan.. berikut program yang pernah aku sertai secara langsung dan tidak langsung..

di antara watak2 yang wujud sepanjang perjalanan mencari Cinta ini :)


di MasjidSaidinaHamzah! Terlibat denga program Cinta Masjid TvAlhijrah!!
SegalanyaBermuladisis! ececeh~~


ketika Berusrah di Zoo, sebagai Sukarelawan :) dengan Sahabat2 yang hebat.

turut terlibat dengan demo >.<  Semangat ! bagi membela nasib Rakyat Syiria!  InshaaAllah dengan Inringan doa yang berterusan.. Gaza, Syria dan Rohingya Bebas dari Cengkaman!
 Yang Rayfiqa yang sweet! hehe..

 Ukhti AmirahAyob, di UIA menghadiri TalkProf Tariq Ramadan . OHSEM!



ABJZ dengan adik2 solehah nih,membuat aku merindui suasana sekolah..~~


Bersama adik beradik Usrah, berniaga!


Banyak yang tak dimuatkan lagi InshaaAllah, sekiranya berkesempatan akan aku kongsikan lagi dalam post akan datang..:)
"Sesungguhnya orang mukminitubersaudara"Al-Hujurat:10 >.<

Saturday 13 October 2012

Hati yang KOSONG~~

 Assalamualaikum wbt.
dimulakan Kalam kali ini dengan ucapan selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w..
sejenak bibirku mengukir senyuman.. Alhamdulillah, syukur ku panjatkan ke hadrat ilahi..
Setelah berbulan lamanya tidak menjenguk keadaan blog usang ni, akhirnya diberi kesempatan untuk berkhayal di sini lagi >.<

Semenjak beberapa hari ini, hamba kerdil ini merasakan ada ruang yang KOSONG dalam hati nih :'(
dek kesibukan menyiapkan tugasan duniawi.. kenapa sering diri ini menyalahkan urusan/tugasan kalau kita sendiri yang tak mahir atur masa? hem..

Bila mengimbas semua aktiviti yang dilakukan seharian sebelum tidur terasa diri sangat rugi keran melepaskan waktu2 yang bernilai sepanjang hari, dek kerana kemalasan yang memandu akal dan hati..

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.-2:25


*****************
Mulalah hati merindui kekasihnya, kalam indah dari Pencipta Sang Hati ini.. :')
(macambercintalah) 
itulah yang sebenarnya..bila kita jauh dari Allah,
kemudian Allah tarik semula dengan mencampakkan perasaan yang sebegitu supaya sangHati tak main jauh2 dari Maha Pencipta.. Allahu..
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka)"-2:186

“Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya. Dan telah datang kepadamu Dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang Yang beriman.”-11: 120


Allahu.. wahaiCik Hati, setialah pada kekasih mu..
Ya Allah jangan biarkanAku Jauh dari Kalamullah..;'(

Tuesday 19 June 2012

Adab Berbual,dan Berkomunikasi

dari  Ustazah Fatimah Syarha <3
1. Semua perbualan haruslah bertujuan kebaikan.
“Barangsiapa yang beriman pada Allah dan hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.” (HR Bukhari Muslim)
2. Jelas dalam perkataan.
“Bahawasanya perkataan Rasulullah SAW itu selalu jelas sehingga mampu difahami oleh semua yang mendengar.” (HR Abu Daud)
3. Tidak berbual kosong dan bercakap besar.
“Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari kiamat ialah orang yang banyak perbualan sia-sia dan berlagak dalam berbicara.” (HR Tirmizi dan dihasankannya).
4. Tidak terlalu banyak cakap kerana khuatir membosankan yang mendengar.
“Ibnu Mas’ud r.a. senantiasa mengajar kami setiap hari Khamis, maka berkata seorang lelaki: ‘Wahai Abu Abdurahman (gelaran Ibnu Mas’ud)! Mahukan anda mengajar kami setiap hari?’ Maka jawab Ibnu Mas’ud : ‘Sesungguhnya tidak ada yang menghalangiku memenuhi keinginanmu, hanya aku khuatir ia membosankan kalian, kerana akupun pernah meminta yang demikian pada Nabi SAW dan beliau menjawab khuatir membosankan kami.’” (Muttafaq ‘alaih)
5. Mengulangi kata-kata yang penting jika perlu.
Daripada Anas r.a. bahawa Nabi SAW jika berbicara maka baginda SAW mengulanginya 3 kali sehingga semua yang mendengarkannya menjadi faham, dan apabila baginda SAW mendatangi rumah seseorang maka baginda SAW pun mengucapkan salam 3 kali. (HR Bukhari)
6. Menghindari ucapan yang batil.             
“Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan satu kata yang diredhai Allah SWT yang ia tidak mengira akan mendapatkan demikian sehingga dicatat oleh Allah SWT keredhaan-Nya bagi orang tersebut sampai nanti hari Kiamat. Dan seorang lelaki mengucapkan satu kata yang dimurkai Allah SWT yang tidak dikiranya akan demikian, maka Allah SWT mencatatnya yang demikian itu sampai hari Kiamat.” (HR Tirmizi dan ia berkata hadis hasan sahih juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah).
7. Menjauhi perdebatan sengit.
“Tidaklah sesat suatu kaum setelah mendapatkan hidayah untuk mereka, melainkan kerana terlalu banyak berdebat.” (HR Ahmad dan Tirmidzi)
Dan dalam hadis lain disebutkan sabda Nabi SAW:
“Aku jamin rumah di dasar syurga bagi mereka yang menghindari berdebat sekalipun ia benar, dan aku jamin rumah di tengah syurga bagi yang menghindari dusta walaupun dalam bergurau, dan aku jamin rumah di puncak syurga bagi yang baik akhlaknya.” (HR Abu Daud).
8. Menjauhi kata-kata keji, mencela dan melaknat.                                               “Bukanlah seorang mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji.” (HR Tirmizi dengan sanad sahih)
9. Menghindari banyak bergurau.
“Sesungguhnya seburuk-buruk orang di sisi Allah SWT di hari Kiamat kelak ialah orang yang suka membuat manusia tertawa.” (HR Bukhari)
10. Menghindari menceritakan aib orang dan saling memanggil dengan gelaran yang buruk.
“Jika seorang menceritakan suatu hal padamu lalu ia pergi, maka ceritanya itu menjadi amanah bagimu untuk menjaganya.” (HR Abu Daud dan Tirmidzi dan ia menghasankannya)
11. Menghindari dusta.
“Tanda-tanda munafik itu ada 3, jika ia bicara ia berdusta, jika ia berjanji ia mengingkari dan jika diberi amanah ia khianat.” (HR Bukhari)
12. Menghindari mengumpat dan mengadu domba.
“Janganlah kalian saling mendengki, dan janganlah kalian saling membenci, dan janganlah kalian saling berkata-kata keji, dan janganlah kalian saling menghindari, dan janganlah kalian saling mengumpat satu dengan yang lain, dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara.” (Muttafaq ‘alaih)
13. Berhati-hati memuji dengan niat membodek, berdasarkan hadis Nabi SAW dari Abdurrahman bin Abi Bakrah dari bapanya berkata:
Ada seorang yang membodek orang lain di depan orang tersebut, maka kata Nabi SAW: “Awas, kamu telah mencelakakan saudaramu! Kamu telah mencelakakan saudaramu!” (2 kali), lalu kata baginda SAW: “Jika ada seseorang ingin memuji orang lain di depannya maka katakanlah: Cukuplah si fulan, semoga Allah mencukupkannya, kami tidak mensucikan seorangpun di sisi Allah, lalu barulah katakan sesuai kenyataannya.” (HR Muttafaq ‘alaih dan ini adalah lafaz Muslim)
Dan dari Mujahid dari Abu Ma’mar berkata: Berdiri seseorang memuji di depan Miqdad bin Aswad secara berlebih-lebihan, maka Miqdad mengambil pasir dan menaburkannya di wajah orang itu, lalu berkata: Nabi SAW memerintahkan kami untuk menaburkan pasir di wajah orang yang gemar membodek. (HR Muslim)
14. Penolakan terhadap sesuatu yang tidak dipersetujui haruslah dalam keadaan tetap menghormati, suara yang lembut serta tidak meninggikan suara.
15. Penolakan harus penuh dengan dalil dan nasihat.  
16. Penolakan hendaklah dimulai dengan menyampaikan sisi benarnya terlebih dahulu sebelum mengomentari yang salah.
17. Penolakan tidak bertentangan dengan syariat.
18. Hal yang dibicarakan hendaknya merupakan hal yang penting dan dapat dilaksanakan dan bukan sesuatu yang belum terjadi.
19. Ketika menolak hendaknya dengan memperhatikan tingkat ilmu lawan bicara, tidak berbicara di luar kemampuan lawan bicara yang dikhuatirkan menjadi fitnah bagi diri dan agamanya.
20. Saat menolak hendaknya menjaga hati dalam keadaan bersih, dan menghindari kebencian serta penyakit hati.

Saturday 16 June 2012

Cerita tentang Hero Saya :)

Bismillahirahmanirahim :)

i just wanna make a special post for my father :)..
i love you so much ABAH.. his name cannt be mention here because of "somet'in la" but takpe i will make sure that this post will be cheerfull nak baca >.< ok.. let me start by introduce him to you..
(gambar hiasan je :) i wish i have one.. nsyaAllah <3)
dialah hero pertamaku..;) ya i admit that i'm verry close to him more than mom..
ok mari mulakan cerita, secara luarannya ayah seorang yang sangat garang, dan sangat baran..
but sometime cool, mengalahkan ais.. haha.. sayang, tapi jarang diungkapkan.. he gave us anything, even he dont have to..antara perkara yang sangat buat saya terharu adalah.. teringat masa kecik2 dulu.. > ketika berusia lebih kurang 10 tahun mcm tu.. pesen saya, tak akan pergi sekolah selagi tak breakfast.. than time tuh my mom tengah sarat pregnant..dan abah lah yang melayanku..dalam kecemasan (dah nakpergi kerja)tu  abah sempat masakkan nasi goreng udang (yum2)wah..
sangat hebatlah.. bile tengok muka yang kelamkabut tu, baru rasa serba salah..Allahurabbi, anak jenis apalah  ni yang suka buat mak ayah susah.. nasib time tuh kecik lagi.. kalu tak mmg dirisendiri cop diri sendiri anak durhaka.. +..+
Kadang-kadang tindakan abahnih boleh buat kite nak menangis seyes! hoho.
************
Klau time birth day dulu, abah akan usahakan untuk belikan sesuatu, tak kisahlah murah atau mahal.. asalkan buat saya tersenyum :) time kecik2 mmg tak pandai menghargai, tapi now... walau takde hadiah, tapi saya tetap hargai.. Sekali tuh kita takde duit belanja nak balik Hostel, abah yang takde duit nih punggah2 poket dalam kereta tuh, cari duit sen2 kertas seringgit-seringgit nak bagi kat kita juga..
Pernah sekali abah sanggup berhujan kejar kita kat taxi stand hanya semata-mata nak hanta kita balik umah sewa. ;') ... walhal dia sendiri tengah penat time tuh.. hemmm
Dia usaha penuhi apa yang kita nak, dalam diam dia manjakan kita dengan cara yang kita sendiri tak perasan... memang abah bukan seorang yang suka ekspresikan kasih sayang dengan belaian, sebut kasih sayang pun abah dah geli... haha.. kelakar kan.. tapi dia sayang pesen lain...
Dia buat dengan tindakan, dan kata-kata dia.. kadang tuh dia saja taknak dengan kate2 kitasebb dia tak sanggup.. hemmm abah abah TAHU TAK ANAK MU NIH SAYANG SANGAT DENGAN ABAH! HEHE..

Saturday 9 June 2012

Berhenti sebentar..

                                               بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 Pause sebentar dari urusan dunia... lihat sekeliling kita, dunia sedang nazak.. :)

Setelah lama saya tidak menaip di ruang ini, jujur "Aku" rindu...hemm <3  Lihat apa yang Allah dan Rasulullah pernah beritahu suatu ketika dulu.. semuanya benar-benar terjadi.. cuba rehat sebentar dari befikir macam mana nak siapkan kerja2 dunia anda.. ambil lima minit.. dengan menyebut LaHaulaWaLaQuataIlaBillah..yang bermaksud "Tidak ada kekuatan atau kekuasaan apa pun kecuali dengan Allah" lihat sekeliling anda.. Sebut dalam keadaan yang sangat tenang dan lapang.. kemudian sebut pula La Ilaha Ilallah yang maksudnya "Tiada tuhan selain Allah".. sekarang anda berada di zon selamat..kerana di saat ini sekiranya anda di jemput malaikat maut sekalipun, anda akan mati sebagai mukmin dan muslim yang sangat bertuah, kerana menyebut kalimah yang menyelamatkan anda dari di sentuh api neraka..setelah itu anda sebut pula AstaghfirullahAlAzim, maksudnya "Aku meminta ampun dari Allah".. 
Kenapa agaknya saya susun kalimah itu secara begitu..?
Pertama, jika kita melihat ke jendela dunia realiti.. apa yang sedang berlaku? Lambakkan dosa yang sukar kita tepis, ruang-ruang fitnah dan bunga-bunga maksiat.. Sungguh hebat manusia memandang dunia. Sehingga lupa destinasi seterusnya.. Leka membangun Impian, ingin menguasai dunia.. Sehingga lupa Siapa milik KUASA itu, disebalik semua kekuasaan itu ada kuasa yang lebih besar Allah cuma beri pinjam satu dari berjuta pecahan zahrah kuasa Allah.. itu sudah cukup membuat kita bangga dan lupa dengan-Nya.. “Janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri.” (Al-Hasyr: 19) Kedua, sedarlah kita seakan-akan menyembah dunia, penghargaan manusia, pangkat, dan harta.. sehingga kita meninggalkan kiblat.. menginginkan kesempurnaan sehingga sanggup  berhabis.. sanggup menjadi hamba kepada diri sendiri demi memuaskan hati orang lain dan seterusnya memuaskan hati dan nafsu sendiri.. sedarlah, wahai MUSLIM tersayang.. Allah s.w.t lah tuhan mu.. dan satu-satunya tuhan yang layak di sembah.. "Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku mereka masuk neraka dalam keadaan hina." (Al-Mukminun: 60) apa kita hidup di  dunia ini terjadi dengan sendiri? apa kaki, tangan, mulut yang kita gunakan ini dapat dari mereka-mereka yang kita sanjung, yang kita harapkan penghargaannya, yang kita ikut perintahnya sehingga sanggup menjual agama itu? Wahai orang-orang mukmin, ingat pada pesan Imam Ghazali  "Janganlah membiasakan anak-anakmu dengan kesenangan yang akan menggemukkan nafsunya.” Ketiga, sedarlah kerosakkan di sekeliling kita datag dari tangan kita sendiri.. ”Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi.” (Al-Syuara: 183) Kita yang sentiasa mengejar kesempurnaan, dengan tamak dan rakusnya kita bertindak.. Sehinggakan kita tidak nampak mereka yang memerlukan dan sanggup menindas yang lemah demi memperoleh sesuatu memenuhi ruang tuntutan nafsu.. Sanggup menipu dan melakukan banyak perkaran mungkar seperti riba, rasuah.. segala jalan kita cuba. "Matlamat tidak menghalalkan cara.." Kita lupa firman Allah s.w.t ”Wahai orang-orang beriman! Janganlah kamu memakan riba’ dengan berlipat-lipat ganda dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah supaya kamu berjaya.” (Ali-Imran: 130). Sesudah kita sedar itu semua, mohonlah kemaafan dengan penuh keinsafan.. kerosakan yang disebabkan oleh tangan kita  sendiri, sentiasalah mengingati Allah s.w.t dalam apapun keadaan dan "Berzikirlah kamu kepada Allah sebanyak-banyaknya dan bertasbihlah kamu kepada-Nya pagi dan petang.” (Al-Ahzab: 41-42) kerana firman Allah di dalam Quran "Ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) Ku". (Al-Baqarah, ayat 152).

Sunday 3 June 2012

Pencari Cinta Ilahi

>.<, cinta yang ku damba hanyalah cinta yang datang dari ALLAH, dan dari redha ALLAH aku yakin akan menyusul cinta yang halal :)

Tuesday 10 April 2012

Sempena nak berpindah nih.. :)


Petua Menduduki Rumah Baharu

1. Azan - Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar Rumah Secara Islam - Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.

Ikut panduan berikut: Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam

p/s- petikan perkongsian ilmu..syukran

Saturday 7 April 2012

Wahabi or Salafi


bismillahirahmanirahim..

SOALAN:
Salam ustaz Rashidi.
Saya ada satu soalan yang berlegar-legar di dalam kepala saya sejak sekian lama. Sekarang banyak berlaku pergaduhan di antara Wahabi/Salafi dan Ahli Sunnah Wal Jama’ah berkaitan dengan ayat mutasyabihat. Setahu saya, Wahabi dikatakan mengikut jalan Salaf dan mengharamkan takwil terhadap ayat mutasyabihat. Namun Ahli Sunnah pula berkata Wahabi mengikut jalan Mujassimah yang menjisimkan Allah SWT.
Jika tidak keberatan, pohon ustaz jelaskan perbezaan Wahabi (yang dikatakan mengikut jalan Mujassimah) dengan pendapat Salaf yang sebenar mengenai ayat mutasyabihat. Saya agak keliru untuk membezakan di antara kedua-dua pendapat ini.
Sekian.
Daripada: Mohd Zaki.
Soalan ini telah dikemaskini (edit) daripada soalan asal agar lebih mudah difahami.

JAWAPAN:

PENGENALAN
Terima kasih di atas soalan saudara Mohd Zaki yang dikirimkan kepada saya melalui email sejak beberapa minggu lalu. Memandangkan keterbatasan masa (kesibukan saya) serta persoalan yang dikemukakan ini memerlukan penjelasan yang agak panjang, maka baru hari ini sempat untuk saya menjawabnya secara lebih terperinci. InsyaAllah.
Saya mengetahui bahawa persoalan sebegini merupakan persoalan yang seringkali bermain-main difikiran kita terutamanya ketika membahaskan perihal nas-nas mutasyabihat. Tambah merumitkan lagi, aliran Wahabi juga turut mengakui mereka berpegang dengan metode Salaf untuk tidak mentakwilkan nas-nas mutasyabihat yang berbentuk sifat. Persoalan yang ditimbulkan di sini ialah: Adakah metode Salaf mempunyai persamaan dengan metode Wahabi di dalam memahami nas-nas mutasyabihat?
Sebelum saya ingin meneruskan perbincangan, eloklah kiranya kita mengetahui terlebih dahulu tentang metode yang digunakan oleh Salaf dan Khalaf di dalam permasalahan ini   http://buluh.iluvislam.com/?p=159  . Bagi sesiapa yang ingin mengenai aliran Wahabi secara lebih dekat  http://buluh.iluvislam.com/?p=41 .
SOROTAN ALIRAN MUJASSIMAH/MUSYABBIHAH – WAHABI
Jika kita melihat kepada sorotan aliran pemikiran akidah, Syiah aliran Hisyamiyyah merupakan antara aliran terawal di dalam Islam yang mempunyai pegangan Allah SWT itu berjisim dan mempunyai bentuk tertentu. Pegangan seperti ini tidaklah menghairankan memandangkan aliran Syiah itu sendiri mula dicetuskan oleh seorang Yahudi yang berpura-pura memeluk agama Islam bernama Abdullah bin Saba.
Selepas itu, pegangan Syiah ini mula dipopularkan semula oleh aliran Mujassimah/Musyabbihah dengan mengatakan bahawa sifat Allah SWT itu menyerupai sifat seperti makhlukNya. Atas dasar ini, mereka mendakwa bahawa Allah SWT itu mempunyai tangan, kaki, muka dan sebagainya lagi berdasarkan kefahaman mereka terhadap nas-nas mutasyabihat berbentuk sifat. Mereka memahami nas-nas mutasyabihat itu dengan makna zahir semata-mata sehingga membawa kepada penyerupaan Allah SWT dengan makhlukNya tanpa mereka sedari. Mereka dilihat terlalu berlebih-lebih di dalam tafwidh untuk tidak melakukan takwil terhadap nas-nas mutasyabihat.
Kemudian pemikiran aliran Mujassimah/Musyabbihah ini berjangkit pula kepada sebilangan pengikut Imam Ahmad bin Hanbal. Sebagai buktinya, ketika Imam al-Asy’ari memberikan buku beliau bertajuk al-Ibanah kepada salah seorang pengikut mazhab Hanbali pada zamannya yang bernama al-Barbahari (tokoh Hanbali yang terpengaruh dengan pemikiran aliran Mujassimah/Musyabbihah), buku tersebut telah ditolak oleh al-Barbahari. Penolakan ini dilihat sangat menghairankan memandangkan al-Ibanah ditulis berdasarkan metode Imam Ahmad bin Hanbal.
Pemikiran ini terus berlarutan sehinggalah sampai ke kurun ke-4 dan ke-5 Hijrah. Tokoh mazhab Hanbali yang dilihat terpengaruh dengan aliran Mujassimah/Musyabbihah pada ketika itu ialah Abdullah bin Hamid, Qadhi al-Fara’ Abu Yala dan Ibn al-Zaghuni. Seorang tokoh ulama mazhab Hanbali iaitu Imam al-Jauzi (bukan Ibn Qayyim al-Jauzi) telah bangun menjelaskan kepincangan pemikiran ini daripada merosakkan mazhab Hanbali. Beliau telah mengembalikan semula metode sebenar Imam Ahmad bin Hanbal kepada pengikut mazhab Hanbali.
Kemudian pemikiran aliran ini dihidupkan semula pada kurun ke-7 Hijrah oleh Ibn Taimiyyah dan diikuti pula oleh muridnya Ibn Qayyim. Metodenya dilihat mempunyai persamaan dengan pengikut Hanbali sebelum ini kerana mereka mengakui bahawa mereka mengikut metode Salaf pimpinan Imam Ahmad bin Hanbal, tetapi mereka turut terjerumus di dalam aliran Mujassimah/Musyabbihah. Pegangan Ibn Taimiyyah ini terus diikuti pula oleh Muhammad bin Abdul Wahab yang menjadi pengasas aliran Wahabi.
KEKELIRUAN WAHABI TERHADAP NAS-NAS MUTASYABIHAT
Sebilangan pengikut mazhab Hanbali yang terjerumus ke dalam fahaman Mujassimah/Musyabbihah ini sebenarnya menghadapi kekeliruan di dalam memahami metode Salaf pada 7 keadaan. Seorang ulama mazhab Hanbali iaitu Imam al-Jauzi di dalam karyanya Al-Baz al-Asyhab al-Munqada Ala Mukhalifi al-Mazhab (juga dikenali sebagai Daf’ Syubhat al-Tasybih) telah menjelaskan kekeliruan mereka itu sepertimana berikut:
1. Mereka menyatakan bahawa khabar adalah sifat sedangkan ia adalah idafat. Ini kerana bukan setiap idafat itu adalah sifat.
2. Mereka menyatakan bahawa hadis-hadis mutasyabihat tidak diketahui pengertiannya melainkan Allah SWT sahaja. Tetapi mereka memahaminya secara zahir.
3. Mereka menyakini bahawa Allah SWT itu mempunyai sifat-sifat tertentu tetapi sifat-sifat tersebut tidak dapat disabitkan melainkan dengan apa yang disabitkan oleh dalil-dalil qati sahaja.
4. Mereka tidak dapat membezakan di antara hadis-hadis masyhur dan daif sehingga mengambil kedua-duanya sekali.
5. Mereka tidak dapat membezakan di antara hadis marfu dan mauquf sehingga mengambil kedua-duanya sekali.
6. Mereka mentakwilkan beberapa lafaz di dalam sesuatu perkara tertentu tetapi tidak mentakwilkan di dalam perkara yang lain.
7. Mereka memahami hadis-hadis berdasarkan kesesuaian pancaindera manusia seperti mengatakan Allah SWT turun, berpindah dan bergerak dengan zatNya, tetapi tidak seperti yang difikirkan manusia.
Jika kita perhatikan, salah satu daripada 7 perkara ini sudah tentu menjadi pegangan aliran Wahabi di dalam memahami nas-nas mutasyabihat. Namun begitu, mereka tetap mempertahankan pegangan mereka itu atas alasan ia adalah metode Salaf yang sebenarnya.
KEFAHAMAN SALAF TERHADAP NAS-NAS MUTASYABIHAT
Menurut Imam al-Ghazali di dalam karyanya Iljam al-Awwam an Ilm al-Kalam, kefahaman ulama Salaf yang sebenarnya ketika berinteraksi nas-nas sifat mutasyabihat seperti tangan dan jari Allah SWT, mereka mengetahui bahawa terdapat dua pengertian tentang sifat-sifat Allah SWT itu. Pertamanya, sifat-sifat tersebut adalah berbentuk majazi yang diketahui di kalangan bangsa Arab tanpa perlu kepada pentakwilan atau penafsiran. Keduanya, sifat-sifat tersebut mempunyai pengertian dari sudut bahasa yang boleh membawa kepada tajsim dan tasybih kepada Allah SWT. Namun kadang-kala perkataan seperti tangan turut digunakan bukan untuk menunjukkan jisim seperti: Negeri ini berada di tangan pemerintah. Oleh itu, setiap orang Islam mesti meyakini bahawa Rasulullah SAW tidak berkehendak untuk menyatakan sifat-sifat Allah SWT itu adalah jisim sekalipun mereka (iaitu Salaf) tidak melakukan takwil.
Sehubungan dengan itu, Imam al-Ghazali telah menggariskan 7 sikap yang menjadi pegangan ulama Salaf ketika berhadapan dengan nas-nas mutasyabihat iaitu:
1. Mensucikan Allah SWT dari jasad atau jisim serta perkara yang berkaitan dengannya.
2. Membenarkan dengan mengimani apa yang diperkatakan oleh Rasulullah SAW.
3. Mengakui kelemahan bahawa mengetahui maknanya adalah harus bersesuaian dengan kemampuan diri dan tidak menjadi tanggungjawab.
4. Diam dan tidak bertanya-tanya atau mencari-cari tentang maknanya. Bertanya-tanya tentangnya adalah bidaah dan mencari-cari maknanya akan membahayakan agama.
5. Menahan diri dengan tidak menyingkap lafaz-lafaz tersebut dengan diganti atau diubah dengan bahasa atau lafaz yang lain.
6. Cukup dengan menahan diri daripada mencari-cari dan berfikir-fikir tentangnya.
7. Menyerahkan kepada orang yang lebih berilmu untuk menentukannya.
Berdasarkan penjelasan Imam al-Ghazali dan Imam al-Jauzi, jelaslah kepada kita bahawa Salaf tidak memahami nas-nas mutasyabihat berdasarkan pengertian zahir semata-mata. Mereka hanya membenarkan lafaz-lafaz mutasyabihat tersebut tanpa membawakan pengertiannya menurut kefahaman bahasa biasa. Ini kerana kefahaman dengan makna bahasa biasa akan menyebabkan tajsim dan tasybih kepada Allah SWT kerana ia membawa kepada pengertian zahir semata-mata.
KESIMPULAN
Walaupun terdapat perselisihan pendapat di antara aliran Salaf dan Khalaf dalam menghadapi nas-nas mutasyabihat, namun mereka tetap tergolong di dalam kalangan Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah juga. Ini kerana keutamaan metode kedua-dua aliran ini tetap berpegang teguh dengan al-Quran al-Karim dan al-Sunnah SAW. Pendekatan Salaf dilihat lebih selamat, manakala pendekatan Khalaf pula dilihat lebih mengetahui dan bijaksana. Inilah kesepakatan di antara ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah sama ada daripada aliran Salaf atau Khalaf tanpa perlu menghukum kafir, bidaah atau sesat terhadap aliran yang tidak sependapat dengan mereka.
Pun begitu, kehadiran aliran Wahabi / Salafi Jadian telah mengubah kesepakatan ini. Mereka dilihat terlalu mudah menghukum kafir, bidaah atau sesat terhadap aliran yang bersalahan dengan pendapat mereka. Lebih menghairankan, mereka mengakui bahawa mereka berpegang dengan metode Salaf tetapi hakikatnya tidaklah begitu.
Wallahualam.
Buluh.iluvislam.com