بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum w.b.t
Kepada semua yang menyinggah dan membaca entry post
kali ini. Agak lama sudah tidak meng“update” blog nih, maklumlah minggu exam menjelang
tiba. Maka kami pun “bertukar” menjadi pelajar contoh masing-masing.. berkepit
dengan buku dan nota.. haha.. time nih
lah masing2 tak nak buat perkara lagha, tak nak gosip2 tak nak gelak2.. serius
je.. semua pakat sombong belaka.. haha sbb nya nak hafal nota, dalil, hadis2,
ayat Quran.. kehulu ke hilir pegang Quran..
Allahu, macam2 gelagat student kalu nak exam. Tapi Alhamdulillah, semunya dah pun berlalu..dah
selesai pun sem 5. Yang banyak cabaran dan ritangannya.. watak2 yang muncul
sepanjang sem 5 pun tak akan ku lupa kan hehe..^.^
Okay, dah nak mula ke tajuk utama..>
Kebelakangan ni ada beberapa kegusaran yang mengganggu fikiran ku ini, bebrapa
perkara yang menyinggah dan buat aku terfikir.. Allah, cuti sem yang pendek nih
agak2 bermanfaat ke tidak ye? Agak hambar rasanya.. ntah, hidup macam terasa
down dan berada dalam kepura-puraan.. kenapa agaknya?
Cerita bermula selepas balik dari Hospital Columbia
hari Jumaat minggu lalu.. Terasa ada
yang kurang dalam diri ini sebagai seorang wanita. Ya, hasil dari conversation
dgn doktor tempoh hari sedikit sebanyak memberi kesan.. penyesalan dan benci
pada diri sendiri mula timbul.. (Allah, Ampun kan aku..) entah, entah kenapa..perasaan
yang tidak bertepi muncul, sepatutnya sebagai seorang yang mengaku beriman aku
harus terima, dengan hati yang terbuka..Bukan membenci diri yang Allah
pinjamkan ini.. Cuma sedikit perasaan risau bercampur kesal/kecewa yang hadir
setelah mendapat tahu diri ini di lahirkan sebagai seorang yang tidak normal.
Ya , pasti ramai yang terkejut.. apa yang tak normal nya? Keadaan
di alami ini hanya terdapat pada setiap 1:15 orang wanita di dunia, dan
terkini doctor menjangkakan 1:3 wanita. Sesuatu yang sangat buat wanita rasa down, kerana sebagai
seorang wanita keinginan untuk bersama orang2 yang disayangi dan memiliki
keluarga yang bahagia, dapat melahirkan anak yang ramai dan di layan seperti
seorang wanita sememangnya fitrah..
Aku? Dilahirkan sebagai seorang perempuan,
hidup sebagai seorang perempuan tetapi dikelilingi lelaki sejak ddari zaman
persekolahan, mungkin sbb sikap ku yang lebih terbuka dan tak gedik macm
perempuan normal.. dan di rumah bersama dengan dua orang adik lelaki.. Tak
heranlah aku susah “jatuh cinta” atau terjebak dengan “cinta monyet” sewaktu
zaman persekolahan dulu.. rupa2nya diri ini “abnormal”…. Hurm..
Ya dulu ingat masalah nih tak berat, rupa2nya hnya ad
beberapa tahu berbaki untuk buat rawatan.. L Sedihnya…
Apalah nasib bakal zaujku nanti? Dapatkah dia menerima
kekurangan yang Allah ciptakan buat ku ini?
InsyaAllah, kalau dia memilihku benar-benar kerana Allah,
pasti dia terima segala apa yang Allah ttpkan buat ku, kerana ini adalah apa
yang ditentukan Allah buat ku..
Next, perkara lain yang menganggu fikiran ni.. berkenaan
isu tak puas hati.. herm..
Malam sabtu, kami sekeluarga menziarahi atuk di
Serdang, Selangor. Biasalah bila cucu jumpa nenek.. mestilah borak2 kan.. tibe2
nenk mengadu.. ke tidakpuasthati-an nya pada ku. Ceritanya lebih kurang macam
nih lah…> si cucu perempuan dilepaskan ke konsert di KL malam2 dengan bayran
tiket berharga 200++. Si mak dan bapak pulak degan selamba berkongsi cerita
tanpa rasa bersalah.. Nenek pun tegurlah.. Tiba-tiba, pakcikdanmakcik yang rasa
mereka betul ni pun shoot balik, mengenai niqab.. yang kononnya den pakai
niqab/purdah ni ngado2, melebih-lebih, tunjuk baik segala bagai.. macam alim..bukan
wajib pun =.=’
Sumpah, tak pernah buat pengakuan macm tuh kat
mana-mana. Tak tunjuk baik pun…tak tahulah kalau ter”nampak mcm baik pulak kan…
Yang tak puas hati nya, kenapa tiba2 muncul isu den
pulok? Jumpo pun jarang, tibo-tibo ja..
Tahu tak, ini menampakkan bahawasanya kalian dah
terkantoi salah.. sedarpun yang kalian buat sesuatu yang sangat kontra dari
ajran Islam, tapi masih nak nafikan.. Nak tutup2 lagi, tiba2 attack den yang takdo kono mengono.. (ntah
ape2 je)
Sungguh saya mengaku saya tak terlalu syadid, dalam
bab niqab dan purdah ni. Saya buka bila bersama sepupu sepapat ahli keluarga
terdekat, saya buka bila di tempat yang saya rasa selamat untuk saya buka.. dan
untuk dakwah saya. Saya pakai untuk hati saya, demi menjaga diri saya, dan
hubungan saya dgn Allah. Bila tiba masa saya berhubungan dengan manusia dari
hati ke hati saya tinggalkan niqab saya (itupun sekiranya ia menjadi penghalang
yang fardu). Contohnya ketika dalm program dakwah, demi menyentuh hati mereka yang di dakwah. Saya mahu mereka lihat
saya sebagai manusia seperti mereka juga, bukan malaikat yang serba perfect.. dan
tidak mahu mereka lihat yang berpurdah ini seorang yang perfect sehingga kan bila
seorang buat salah walaupun kecil, pun dah dipandang keji seperti dosanya tidak
diampunkan lagi.. tidak..
Untuk makluman semua saya nyatakan di post sebelum
ini, saya memegang hukum niqab ini SUNAT. Bukan WAJIB!!!!!
Jadi jangan buang masa anda, mengumpat saya atau
menuduh, menfitnah dan menutup kesalahan kalian dengan membangkitkan isu saya
berpurdah/niqab. Sangat POYO.. =..=
Sekiranya kalian mempersoalkan, semua gambar yang saya
kongsikan di “alam maya” ni berniqab, ini kerana saya tak nak kalian focus pada
wajah saya. Focuskan pada apa yang saya ingin sampaikan.. dan saya takut wujud
perasaan riak dan tidak ikhlas dalam hati saya untuk share sesuatu melalui
gambar. Sekurang-kurangnya tiada ekspresi muka yang kalian boleh lihat pada kain yang menutup wajah saya tuh..
Saya hanya tunjukan ekspresi yang eklusif tuh hanya yang ekslusif dihati saya
sahaja.. bukan untuk tatapan ramai dan nak dapat pujian.
Lagipun, ayahnda yang tercinta lagi menggalakkan anak
daranya ni tak tunjuk MUKA kata alam maya ni.. biarlah tidak dinilai catik pada
parasnya tapi pada akhlaknya..
Wasalam..
Sabar ye, kakakku yang solehah, ujian yang berat itu dihadiahkan kepada kakak kerna ALLAH Maha Mengetahui segala2nya, ALLAH tahu akak kuat :) isbiri ya ukhty
ReplyDeleteterima kasih adik sayang :) rajing nye menjengah di blog akk ;)
ReplyDelete