Wednesday 30 January 2013

Antara Amanah dan Nyawa.




Berebut-rebut manusia ingin melepasi lubang yang kecil. Masing-masing dengan upaya dan usaha sendiri. Ada yang menyelinap masuk di celah-celah kaki manusia lain, ada yang seakan-akan berenang dengan aksi kuak dada dengan menepis orang  lain. Dan ada juga yang menggunakan cara kekerasan untuk sampai lepas dan sampai ke aim masing-masing.
 Ia terpulang pada diri sendiri samada kita ingin berusaha atau tidak, dan pilihan kita  untuk berusaha dengan cara apa sekali pun. Bagi yang telah kecewa, maka bersandarlah mereka dipohon-pohon rendang, berundur melangkah ke belakang. melihat dari jauh dan redha dengan pilihan yang salah. Tidak ingin berusaha atau masih berusaha adalah pilihan hakiki setiap insan. Ibaratkan, AIM anda adalah amanah buat diri anda dan sekiranya anda berputus asa itu bererti anda mengorbankan NYAWA anda. Kenapa pulak NYAWA = USAHA? Anda berusaha untuk terus hidup dengan benafas bukan? Walau anda sukar sekali pun, anda berusaha untuk bernafas bukan?

Mengimbas semula sesuatu yang telah lama saya usahakan untuk perolehnya, tapi sehingga kini masih di uji, sebenarnya ia adalah sesuatu yang menunjukan nilai sebenar apa yang diusahakan itu.  Ujian yang datang bukanlah bermaksud "ANDA PERLU BERHENTI BERUSAHA"or "YOU'RE LOSER!!", ianya bergantung pada diri kita bagaimana kita melayan ujian yang datang bertamu dalam hidup kita. Berkongsi kisah hidup dengan sahabat2 sangat membantu saya untuk lebih memahami apa yang tersirat di sebalik ujian yang bertandang. Ujian yang datang pula ibarat vaksin kepada kita bagi menyembuhkan penyakit hati manusia. Cuba kalian imbas semula, setelah sesuatu masalah selesai apa yang kita rasakan? LEGA! betul? antara ucapan yang famous > WOW, Syukurnya!, Alhamdulillah! OMG! Hebatlah! ect.
Semuanya menuju kepada Allah bukan? DIA yang memberi ujian dan DIA jugalah yang memberi jalan dan izin untuk kita menemuijalnnya. Bukan senang nak mengurus ujian benar? Lagi-lagi bila berdepan dengan sesuatu yang telah lama dinanti-nantikan. BENAR?

Semakin lama anda [menunggu untuk sesuatu] semakin anda akan [menghargainya] apabila anda diizinkan oleh Allah untuk [mendapatkanya] kerana setiap perkara yang cukup bernilai untuk [dihargai] pasti cukup bernilai untuk di [tunggu]..

"(Pengikut-pengikut Nabi Musa merayu, lalu) Musa berkata kepada kaumnya: "Mintalah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa"[Surah Al-A'raf:128]





Menyingkap tirai hati yang diuji, banyak situasi yang boleh digambarkan. Rintihan, tangisan, rayuan, dan macam2 lagi yang boleh menggambarkan bagaimana kita menganggap satu-satu ujian itu. Seperti yang sebelum ini saya kemukakan, penantian yang lama menunjukan bertapa bernilainya apa yang di tunggu. "GOD TIMING IS THE BEST!" "WE NEVER BE PUNCTUAL AS ALLAH TIMES". Dan dari sudut psikologinya, selalunya kita akan lebih menghargai sesuatu yang mahal dari yang murah. Walaupun kualiti yang jauh dari yang diharapkan. Tetapi INGAT, apa yang di aturkan Allah tidak pernah salah, tidak lambat sesaat, tidak cepat sesaat. Pesanan in juga buat diri saya yang bila diuji selalunya tidak rasional dalam berfikiran. Apa yang di inginkan, agar kita tidak membuat keputusan dalam keadaan yang marah sepertimana yang dipesan Rasulullah s.a.w. Dan agar tidak bertindak mengikut nafsu yang dipandu Syaitan. Na'uzubillahminzalik..!  Jadi fikir semula, kita hidup dengan amanah. Yang besar dan berat. Tetapi bukan beban sebaliknya tanggungjawab. Setiap insan akan di uji sebelum memperoleh sesuatu. Bahkan, setiap Mukmin ibtu jangan mengaku beriman sebelum diUJI. Begitu juga dalam kita menuju Redha Allah, itu amanah kita dan usaha kita selagi mana Nyawa ini dipinjamkan..InsyaAllah, semoga sahabat pembaca terbuka minda untuk berfikir dan berlapang dada. Diberi kemudahan dalam kefahaman kalian. Sekian dari hati. Satu episode dalm hidup kita tidak mengambarkan episode yang seterusnya.. Terus "mengarah" cerita kisah hidup anda agar hari ini lebih baik dari  semalam dan pastikan esok lebih baik dari hari ini.. Wasalam  :)

                                                    

No comments:

Post a Comment