BismillahirRahmaniRahim..
Assalamuaalaikum
w.b.t..
Terasa ingin meluahkan pandangan tentang isu HOT masa kini
iaitu NIKAH AWAL.. huu~~ bagi sesiapa yang berniat mungkin boleh pikir-pikirkan
apa yang bakal saya sampaikan ini.. persoalannya kenapa ia begitu diTENTANG
oleh kedua ibubapa kita? Mungkin itu yang sedang bermain difikiran kita
baiklah.. Kalau difikir secara tenang (tanpa emosi) apakah kita sudi berkahwin
dengan seseorang yang bersikap seperti kita? Will I marry Me? Soalan ini bukan
bertujuan untuk merendahkan mana2 pihak tetapi.. inilah sebabnya mereka enggan
melepaskan kita.. terutamanya wanita..> tak naya anak orang?< tetapi
tidak semudah itu ibubapa member i tahu sebb mereka enggan.. jadi mereka mula
menggunakan alas an, “masih muda”, “ tunggu habis belajar dulu”, “ Kak long pun
tak kahwin lagi”, “ Hang dah gatal sangat ka nok menikoh doh”... kata2 yang
amat mengguris hati para remaja sekarang..
Saya mengaku, pernah bertanya kepada orang tua saya
berkenaan isu menikah awal, dalam keadaan yang dapat dikawal.. sebenarnya
mereka khuatir, kita tidak dapt menguruskan keluarga. Tidak pandai meguruskan
masa.. Dan selalunya mereka akan melihat bagaimana pembawakan diri kita di
rumah. Cukup solat? Pandai masak? Pandai buat kerja rumah tanpa disuruh? Uruskan
anak kecil dengan baik? Pandai cari jalan selesaikan masalah? Apa jadi dengan duit yang kami peruntukan buat
sambung belajar dulu? Bagaimana hubungan
dengan ahli keluarga (terutamanya perempuan) Inilah yang soalan yang perlu kita
jawab sebenarnya sebelum kita memberitahu hasrat kita untuk berkahwin awal.
Bukan apa ini semua kerana mereka mahukan yang terbaik buat anak-anak. Mungkin
ada yang berkata, “ Dulu umi pun tak pandai apa2, lepas kahwin boleh je
belajar”.. Itu lah yang dinamakan
sayang.. mereka mahukan kita jadi lebih baik dari mereka.
Saya pernah dirisik beberapa kali, dalam usia yang sangat
muda ketika itu. Mereka yang datang bukanlah calang2 orang.. Baik agamanya,
baik juga paras rupanya.. tapi masalah ketika itu ialah “SAYA” . Kenapa? Saya masih belum mahir mengurus masa.
Terutamanya masa belajar. Kalau lah saya diizinkan berkahwin ketika itu..
bagaimana saya mahu menguruskan masa melayan suami dengan masa belajar saya?
Kalau asyik berada depan laptop menghadap assignment, bila pulak masanya saya
nak tanya khabar suami? Walaupun nikah khitbah, kalau saya tak pandai uruskan
masa susah juga. Misal kata, si Suami ajak makan luar. Saya pula sibuk
dengan assignment, thesis, dan sbginya..
sanggup ke kita nak jawab “ sorylah sayang, nak siapkan kerja nih” dahlah
jarang jumpa..
Kalaupun saya tiada masalah menguruskan masa, saya tak
kreatif dalam menyelesaikan masalah. Saya pun takpandai dalam bab susun
menyusun.. Saya juga tak mahir dalam
ilmu pendidikan awal kanak-kanak, saya juga masih dalam proses pembelajaran
fiqh wanita...“PRACTICE MAKE PERFECT!” ok,jadi sebelum kita mengeluarkan banyak
lagi alasan , kita cuba pebaiki diri kita sebaik mungkin. Buat persediaan.
Jadikan rasa NAK KAHWIN AWAL itu sebagai pembakar semangat, Doa kita juga.. ya Allah
permudahkanlah urusanku dalam usaha memperbaiki diri, aku amat menginginkan
untuk bernikah awal, bantulah aku dalam membuat persiapan untuk menjadi isteri
solehah agar kelak tidak menyusahkan bakal zaujku itu.. amin..
OK!, Saya juga pernah buntu memikirkan soal hati ini.. Kalau
dah ade perasaan seeloknya dipercepatkan nikahnye..ya mmg benar.. tapi apakah
yang mewujudkan perasaan itu? Adakah kita yakin, ianya wujud setelah kita
benar-benar menjaga mata? Sempurnakan solat kita, sekiranya kita sering memikirkan
tentang si dia yang belum halal buat kita? Kembali ke soalan asal.. kenapa
orang tua kita enggan melepaskan kita? Ini kerana mereka takut, rumahtangga
yang didirikan itu bukan berlandaskan Cinta Kerana Allah, tapi ianya
semata-mata nafsu.. benarlah abi saya pernah berkata, jangan jadikan AGAMA
sebagai alasan.. sewaktu mula-mula saya mendengar kata-kata ini.. saya terus
menerus berasa marah.. apa yang cuba abi maksudkan? Ketika itu kotak fikiran
penuh dengan suara syaitan yang menghasut supaya saya menjadi anak durhaka..
saya beristighfar, minta keampunan dari Allah.. Abi cuba katakan, walau si Dia
beragama sekalipun, yang perlu kamu
bertimbangkan ialah diri kamu.. Kamu yang akan memikul tanggungjawab sebagai
Isteri.. Si Dia sebagai suami, ya tugasnya kan beda.. kalau nasihat, teguran
bapa sendiri aja kamu mahu ingkar.. Apatah lagi seorang yang tidak ada
pertalian darah dengan kamu? Ini monolog
saya sendiri tentang huraian kata-kata abi sya. Alhamdulillah saya sedang
perbaiki diri.. sebagai seorang anak, kita perlu fikirkan hati ibu sebelum
fikirkan hati kita. Sya bercakap bukan bermaksud saya tak sokong kahwin muda.
Saya pun ingin NIkah awal juga..!! tapi bila saya fikir2 semula Layakkah? Allah
Maha Mengetahui segala apa yang dirancang.. Allah tahu masa yang paling sesuai
untuk kita bernikah. Jangan mencari
cinta yang tidak halal, kelak merosak diri.. inilah pointnya!! Kita juga yang
salah, sebab bercinta dengan orang yang belum tentu menjadi suami kita.. bila dah tak dpat tahan perasaan, kita takut
jadi maksiat. Kita ambil keputusan untuk berkahwin.. Malangnya ia tidak
dipersetujui ibu bapa. Saya tidak
sempurna, say ajuga bersalah dalam banyak hal.. dan saya bercakap berkongsi
pengalaman. Tapi yang paling saya cuba
elakkan , cinta sebelum nikah. Kerana Syaitan kan jadi bestfriend kita. Setiap
perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jadikan ia suatu yang member kesan
baik buat diri kita. insyaAllah semuanya akan lebih senang, tenang.. J